Tujuh hari yang penuh dengan harapan.
Tujuh hari yang penuh dengan sabar.
Tujuh hari yang sering bertanda soal.
Tujuh hari yang sering memerhati.
Tujuh hari yang mahu disapa.
Tujuh hari yang mahu tertawa.
Tujuh hari yang hanya bermimpi.
Tujuh hari yang hanya bermonolog sendiri.
Hai guys. Setiap hari bila selepas waktu maghrib aku akan setia mencari remote tv dan mencari siaran hanya untuk melihat perkembangan terkini covid. Setiap hari aku hanya memerhati dan berharap nombor itu akan bertukar sa satu hari nanti. Setiap hari.
Aku bersyukur dari ratus, ke puluh. Tidak mustahil satu hari nanti tuhan akan turunkan rahmat dan mengambil semua dugaan di muka bumi ini. Sedikit masa lagi. Tidak lama.
Aku rindu. Rindu untuk kembali bekerja seperti dulu. Rindu untuk penat. Rindu mengeluarkan keringat. Rindu minum air banyak. Rindu sakat kawan. Rindu buat lawak. Rindu sibuk. Rindu kasut kotor. Rindu sembunyi tengok hp. Rindu sepuluh minit mengular. Rindu kawankawan semestinya. Rindu bos juga. Rindu udara pagi. Rindu panasnya tengahari. Dan rindu bahagianya petang.
Mungkin semua kawan aku sekarang sudah gemuk dengan jayanya. Aku mantain saja. Tidak merasa sedikitpun kenaikan berat badan. Aku kurus abadi. Haha. Sesetengah kawan aku mencemburui, ada juga sesetengah yang berkata aku makan hati sepanjang pkp. Sebabtu berat badan nda naiknaik. Makan hati memang boleh kurus ka? Aku baru tahu. Kepada yang obesiti, ini mungkin dapat membantu.
Aku tengok statistik blog aku tadi, ada readers yang baca sampai ke tahun 2015, lalu aku buka. Teringin melihat kembali semacam apa kebodohanku yang lalu. Bila aku buka, masyaallah, aku ka ni? Hahahaha seorang budak yang selalu tersakiti, emosi, penyendiri, memalukan. Hm memalukan. :’)
Aku ada idea. Perlukah aku padam post yang terdahulu guys? U know wht i mean. Entri yang entah apa apa. Haha tapi, itu memori. Ndapa malu, yang penting ia tetap jadi memori sampai bila bila. Mungkin, sampai aku kahwin? Atau mungkin sampai aku ada anak kelak? Hm angan.
Long time ago, i made a decision to write for my readers, not to try to find more readers for my writing. Hanya untuk berbahagi emosi dan pengalaman sometimes. Lepas tu ada satu blogger aku lupa apa blog dia haritu dia cakap, better to write for urself and have no public, than to write for the public and have no self. Hm thanks to u then.
Aku lebih prefer mempunyai blog sendiri yang boleh membebel panjang tanpa ada limit, dan tiada yang endah. I just hate social media and i think its really awkward to share ur life there. Really unnecessary.
Disini, aku happy. Sungguh. So itu saja,
Tulat lagi insyaallah. Seeya

No comments:
Post a Comment