Thursday, June 20, 2019

Patah






Aku perempuan. Firasat aku sentiasa betul. Cumanya, aku saja yang sering menidakkan bila saja dia berbisik sayup sayup di hati kecilku. Hm


Hati aku sakit lagi. Tapi aku tahu ubat macam mana. Cukup makan actifast sebiji dua. Semoga tidur lena.


Kadangkadang aku berfikir, bertanya, kerap kali sahaja hal ini berulang berulang terjadi, hal sama, masih saja sama tapi masih saja aku senyum bahkan aku ketawa. Aku tidak melalak membabi buta. Aku berdiam diri saja. Kenapa?


Mungkin pasal aku sudah biasa. Mungkin tuhan cuba untuk bagi aku sedar sedikit demi sedikit yang bahawasanya aku buang masa. Agaknya aku betul betul buang masa. Guys? Aku boleh tanya? Empat tahun tu lama ka?



Tidak lama tapi semakin ‘tua’ agaknya.


Bila aku tutup mata, aku tarik nafas pelanpelan, sambil berkata dalam hati, ‘kau sayang?’


Dulu aku dapat menjawab dengan sempurna. Tapi sekarang aku keliru. Bercelaru seperti helaianhelaian rambut aku yang kusut tersangkut di celah sisir biru. Sangat kusut sampai susah lerai kadang.



Ahh. Rehatlah. Kau penat agaknya. Kenapa tidak kau isi masa mu dengan makan sebanyakbanyaknya? Bukankah misimu ingin mengalahkan saiz dan berat tangki belakang rumah?


Oh eya aku terlupa.




Seeya.



Wednesday, June 12, 2019

Priceless





Bila saja hari lahir aku tiba, aku akan tidur lena pada malam itu. Tersangatlah lena. Semestinya aku akan berdoa dan bersyukur kepada yang maha Esa kerana memberi aku seciput nafas lagi di muka bumi.

Ini menjadi rutin selepas aku mencecah usia 21tahun dahulu(sekarang agak la berapa hahah)


Tidak akan menunggu ucapan, bahkan hadiah atau apa saja di hari istimewaku. Kerana aku tahu, mereka mengetahuinya dan semestinya akan berdoa untukku. Terima kasih sipolanpolan sekalian.


Tetapi pada malam itu, aku sedikitpun tidak menyangka bahawa sahabatku menyediakan kejutan bagiku. Kerana hampir seminggu tarikh harijadi aku berlalu begitu sahaja. Jadi siapa yang akan menyangka bukan?


Wahai sayang Lia Fahriana Makmur,
Berkali diri ini memberitahumu, aku tidak perlu semua itu. Kek bunga hadiah coklat apapun itu bagi meraikan ulang tahunku. Sedikit pun tidak pernah terlintas di hati bahkan di minda juga untuk memaksamu mengeluarkan wang ringgit semata untuk memperlihat secebis kesweetan itu.

Bagiku, cukuplah doa. Doa sahaja saudariku.


Sentiasa mengingatiku walau kita lama tidak bertukar khabar. Sentiasa berdoa agar persahabatan kita terjaga sampai kita tua nanti, InsyaAllah sampai abadi kelak. Aku menyayangimu, sungguh.


Jika kau lebih dahulu menemui jodoh dariku, ketahuilah bahawa akulah insan yang paling bahagia selepas ibumu dan keluargamu. Semoga bertemu jodoh yang baik sebaik dirimu, semoga sihat selalu, semoga terhindar dari perkara dan anasir zalim yang membinasakan, semoga baikbaik sahaja, semoga kita akan kekal menjadi seperti ini sampai bilabila, sampai kulit tidak lagi tegang, sampai kedut berleluasa, bahkan sampai nafas terhenti insyaallah. Sayang kamu lillahi taala.



Yang selalu mentertawakanmu dari jauh,
Suelieya.





Friday, June 7, 2019

Di balik pagar kaca.




Hari ini aku mesti bangun awal. Awal dari yang biasanya. Aku set alarm seperti selalu. Tapi memandangkan aku tidur jam tiga subuh, itu sangat menyukarkan aku untuk bangun tepat pada masanya.


Harini hari istimewa. Harini hari bahagia. Hari melepaskan rindu yang telah bertakung lama. Sebelum ni hanya gambar pengubat jiwa, harini hari untuk bersemuka.


Walaupun harini hujan, aku tetap tidak sabar untuk menemuimu adikku. Ramai betul orang harini. Baju raya berwarna warni. Banyak ragam macam dan jenis. Aku salah satunya.


Untung aku awal sampai. Jadi awal sikit giliran untuk berjumpa. Jujur, langkahku sedikit gemetar, aku keliru, di antara rindu dan kesedihan yang berlipat ganda memandang nasibmu.


Aku melangkah ke selekoh kecil itu. Di balik pagar kaca, aku melihatmu. Setia duduk menunggu pelawatmu. Mungkin kau tertanya tanya, siapa yang datang melawatmu di hari raya ini. Aku, adikku.


Hatiku hancur. Sakit bertubi tubi. Melihat susuk tubuhmu semakin kurus. Aku tidak dapat mengawal kesedihanku. Bila saja kau angkat gagang telefon itu lalu berkata padaku,




‘Selamat hari raya. Kak sihat?’


Aku tidak dapat membalasnya. Aku hanya dapat menangis sepuas hatiku. Aku tersangat rindukanmu, adikku. Bila saja kau bertanya akan keadaanku, hatiku semakin sakit sebab melihat keadaanmu yang jauh lebih menyedihkan bagiku. Aku tahu kau pun rindu. Kalau tidak, tidak mungkin air matamu juga jatuh bertalu.


Bila saja aku berkata aku sunyi tanpamu, kau dengan tenang membalas,

‘Ndapa kak. Ndalama aku keluar’


Sedih hatiku. Ini lebih menyakitkan dari kehilangan seorang kekasih bahkan seorang sahabat. Aku tahu kau kecewa adikku. Nampak dari riak wajahmu. Aku tahu kau menunggu dan menyangka ibumu akan melawatmu hari ini. Tapi sangkaan mu meleset.


Tapi sedikitpun kau tidak tunjukkan kepadaku. Aku lihat dari matamu. Betapa hancur dan kecewa hatimu menghitung hari untuk berjumpa ibumu di hari raya. Bila saja hari itu tiba, ibumu tidak muncul juga.

Tapi,


esok aku yakin. Kaulah insan paling bahagia. Ibumu akan melawatmu esok adikku. Jangan bersedih lagi. Kau lelaki. Kau heroku. Sentiasa menjadi heroku. Cepat kembali jadi bodyguardku lagi.



Selamat hari raya adikku.





Tuesday, June 4, 2019

Matridi dearself








Selamat ulang tahun buat diri sendiri dan selamat hari raya aidilfitri guys.

Can u describe bout hari raya this time menik?

Aku boleh kata hari raya tahun ni hari raya paling hambar sepanjang aku bernafas di muka bumi ini. Walaupun begitu aku bersyukur.

Raya tanpa adik tercinta, bahkan ramadhan pun tanpanya. Aku masih bersyukur.


Seteruk yang aku lalui mesti ada yang lagi teruk dari ini. Tu sebab aku bersyukur. Terima kasih tuhan.


Badanku yang mulai susut. Seluar yang semakin longgar dan sikitsikit lagi jatuh hahahaa. Itu menandakan bahawasanya aku memang puasa. Berat badan jangan cakaplah guys memang jatuh ngatngat. Haha


Takpa, for those yang sentiasa diselubungi dengan panggilan kurus abadi, takpa raya nanti kita boleh berlumba naikkan berat badan lagi ok. Jangan putus asa guys. Same goes to me. Selamat maju jaya menggendut. Hahahahaah


Persiapan raya? Evitin is settle, maksud aku makanan, kuih, semua settle. Tahun ni aku nda raya sakan, ala kadar jak. Baju pun aku nda beli. Tudung dan selipar jak. Takpa guna tahun lalu pun takpa kan guys. Siapa siapa yang senasib dengan aku ni haa? Kat ngan.


Dan untuk tahun yang ke24 aku bernafas(ya aku masih muda) aku bersyukur pada tuhan masih memberi aku peluang untuk berbakti kepada orang tua(walaupun belum kawin lagi) hahaha takpa jodoh tu belakang cerita. Semenjak umur ku mencecah duapuluhan ni aku semakin nda kisah akan ucapan harijadi ataupun hadiah.

Aku sedar aku semakin matang.


Saja aku deactivate fb baru tadi. Aku mau nampak sapa saja yang ingat harijadi aku hari ini. Kalau ingat tu, tahniah, pasal bukan noti fb yang bagi ingat hahaha. Kejam tak sis?


Dan aku sedar aku jenis yang malas wish harijadi org walaupun bukan bermakna aku lupa. Aku ingat guys. Harijadi orang yang istimewa, sahabat aku dunia akhirat semua aku ingat. Tapi saja nda ucap. Aku doa dari jauh ja. Semoga la sampai. Hahahaaha


Okay guys. Itu ja. Yang jeleknya berumur mcm aku ni, kita jarang suda dapat duit raya. Hm sedih hidup. Hahaha sebaliknya, bagi yang sudah berkahwin, selamat meninggal menyediakan duit raya bagi anakbuahbuahan sekalian haha



Selamat hari raya! Seeya



Friday, March 1, 2019

1st


Sepatutnya Januari. Bukan Februari.



Sepatutnya Januari lagi aku mula menulis. Boleh tahan lama jugak aku biarkan lembaran ini kosong tanpa tulisan, tanpa coretan peristiwa dalam hidup si kurus ini. Otak aku semakin sempit. Dipenuhi sarang labahlabah yang semakin menebal dari hari ke hari.




Wahai tangan, jangan malas lagi. Wahai kuota, jangan habis lagi.



Membuka kembali lembaran terakhir yang aku tulis pada Jun tahun lalu, membuat aku sedar yang bahawasanya memang sudah berkurun lama aku biarkan, berkurun lama aku tinggalkan. Kenapa? Sibukkah? Bahagiakah sampaisampai tidak lagi mengingati buku yang sering menjadi peneman dikala dirimu lagi menghadapi kekusutan yang amat bulat segiempat dan pentagon hexagon paralelogram hahahahahahahaha ahhh gila.



Oh btw selamat menempuh hidup baru mr A. Aku bila agaknya? ;’)


Aku masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri kembali. Memang janggal. Ibarat kawan rapat, atau pendek kata sahabat, tapi tidak lagi berhubung sesama sendiri, lepastu jadi strangers, lepastu setelah sekian lama baru berjumpa kembali. Then, yang keluar dari mulut hanyalah ‘hai. Apa khabar? Lama tak jumpa?’


Pelik bukan?


Aku contohkan antara aku dan blog. Eei susah benar perumpamaan yang ku berikan. Hahaha. Semakin berkarat dan kuno agaknya otak ku ini. Hahaahahaha




Aku tahu ada segelintir daripada kamurang readers mungkin tercaricari, dimana agaknya budak ini menghilang? Dia lupa password kah? Dia sudah tidak tahu mengejakah? Atau dia sudah tidak ingin menulis blog lagi?



Guys. Aku hanya kesempitan masa. Masa ni susah. Masa ni adalah salah satu hal yang tidak pernah cukup dalam hidup. Tidak akan cukup. Sama dengan duit. Tidak pernah cukup. Tidak akan cukup. Cukuplah aku ulang sekali.



Syukurlah aku dapat melawan kemalasan tangan ku yang semakin payah mau menaip. Otak ku yang semakin keras berkarat. Semoga akan ada lagi selepas ini. Semoga rajin. Semoga tahun ini semakin rajin. Im done. Aku nampak agak selekeh. Sangat selekeh.




Bye guys. Seeya.