Monday, October 31, 2016

Have prob while studying?


Usually orang akan letak tajuk dulu lepastu baru write something.


Aku? Tulis dulu. Baru fikir tajuk. Hahaha tebalik, tapi tujuannya tetap sama.


Okay apa tips ah untuk ulangkaji last minit? Aku mula lah gugel, cari sana cari sini, dapat tu memang la dapat tapi, bila aku tanya balik diri, alamak wei ni semua dari ko sendiri la macca. Kalau pun kau beriya iya mau cari tips bagai, tapi ko sendiri tiada inisiatif untuk put down ur handphone and start studying, so thats the main prob. Dont blame the tips nda berguna.


Amboi hengko. 'Inisiatif' wkakakaakka ampunkan gua pendekar pendekar bahasa. Haha


Biasanya apa aku buat untuk memudahkan otak aku terima apa saja yang aku belajar,.. em


1. Dengar muzik.
- ada orang cakap, 'lamak wei mana masuk otak. Ko membaca pastu ko dengar lagu at the same time. Yg mana satu mo masuk dulu? Lirik lagu beyonce? Ka sejarah R.A buchanan? Hahaha. But for me it works. To peace ur mind akceli. Bergantung diri memasing.

2. Add food or drinks.
- Kadangkadang kita nda boleh jugak belajar memanjang. So bila ada makanan atau pun minuman di depan mata kamurang, boleh la dilahap. Hahaha trust me. Itu boleh bikin naik semangat juga time belajar.

3. Letak satu kalendar depan mata
- hah. Ni berkesan juga. Boleh juga siap di mark tarikh peperangan bila berlaku. Hahaha tapi, uptodate ya. Jangan pulak tahun lalu punya kalendar. Bingung sendiri sinting sendiri nanti.

4. Kipas
- For me yg berumah kampung, yg biasa biasa ja, aku cuma ada kipas. Ko gila belajar bekeringatan lepastu datang sekawan lalat mau be 'bff' dengan ko nanti. Hahha for those yg ada aircond, on kan sak la. Cuaca yg baik akan datangkan mood yang baik.

5. Duduk.
- kadangkadang ada sesetengah orang, dia suka belajar baring, betiarap, ada juga suka manjat pokok manjat bumbung semata mata mau dapat suasana yg bagus untuk mula belajar. Tapi, duduk adalah cara yang paling bagus. Kalau baring, lepastu tesentuh bantal sikit, aaaaa lamalama betutupan la mata tu. Hahahahaha

6. Ikat sesiapa sahaja yang kamu rasa mengganggu dan amat annoying bila kamu tengah belajar. Haha. Kasi selotep sekali. Jadi tiada bunyi gangguan suda.

Hahahaha. Haa kalau aku disuruh cari tips, itu tips aku bagi. Sebenarnya, semuanya terpulang sama diri memasing, sama ada mau berjaya, atau mau berkelah. Wkakakaka


Bye guys. Seeya.




Sunday, October 30, 2016

pc

Hei guys!

today im going to ma macik office. mencari isi untuk kertas tiga sejarah. aku malas mo bawa buku betebal tebal masuk dewan nanti. haha pemalas kan pemalas kan. --'


sambil sambil aku ambil short notes from pacik gugel, aku minum air..haha aku update software hp aku. al maklum la wifi. lepastu aku buka blog aku. hahhaha 

then i write this note yang tidak seberapa mau pendek.


the feeling? macam astaga lamanya aku nda menaip di papan kekunci yang besooo kate ko. hahha yala, semenjak rumah aku tiada wifi masa duluu.. duluuu.. mak lama betul tu. hahaha


since then aku cuma apdet post pakai mobile ja. ni la first time aku hadap skrin besar ni haa. rasa macam kebod worier pun ada.. wakkakakaka


when i see ma post yang guna mobile ni, hm not bad jugak la. gambar nda la jugak ada kecik ada besar. okay seja. Dan bila tingu skrin hp aku yang papar gambar loading nya tu pigi setengah kaler suda.. haii..cepatla cepatla nda lama macik aku balek dari beli kalapa tu haa. haha



sekarang ios suda pigi version 10.1 kan? haa aku apdet. gile ko mo pakai mobile data? menangis nda berlagu nanti wkaakakaakaka. hm aku masih lagi ba campin apdet pakai pc. nda la macam aku tekekok ka tebudu ka hahaha. nasib baik blog masih lagi macam dulu, dia punya dashboard, semua la masih macam dulu.



ndala aku macam kera mendapat bunga. eh? hahahah lantak la. im not a peribahasa woman. :P


kbai guys! macik aku datang suda deda dedaa! 



Saturday, October 29, 2016

Seben




Nowadays, gadget tu satu benda yang amat penting. Sedikit demi sedikit berubah kepada keperluan. Yang mesti setiap satu orang miliki.


For example, handphone. Telefon ni kalau dulu setakat bilang orang 'asalkan ada' untuk memudahkan juga kalau mau berhubung sama keluarga, kawan, ataupun 'bakal kawan' haha


Sekarang telefon nda disangkal lagi banyak dia punya benefits. Lagi lagi zaman kecanggihan kemodenan teknologi yang meletop kebabom ni haa. Banyak macam model hp yang ada di pasaran. Beza harga, saiz bentuk warna dan jenama.


Sedih bila lihat sesetengah individu sanggup menyusahkan ibubapa hanya untuk memiliki gadget yang superb dan trend kate ko. And once bila dapat, benda tu ndala dibikin alat untuk menolong ataupun bagi manfaat, tapi hanya dibuat sebagai alat untuk bermegah megah dan untuk mengikut trend trend terkini. Bak kata orang, 'biar papa asal bergaya'.


Ada juga kes paling seram bikin naik bulu roma, bila ada kes bunuh diri lepas nda bole terima kenyataan yang gepren dia lagi cantik di dalam hp berbanding di alam nyata. Hahahaha berbekalkan teknologi sekarang, apasaja boleh dibuat. Mancungkan hidung yg kempes ka, hilangkan jerawat ka, putihkan muka ka, besarkan mata ka, tiruskan muka pun ada. Hahahahaha. Bila login fb, lepastu live, hambik ko pingsan. Ahhahahahahhahahhahaha


Malam ni aku nda banyak cakap dengan macik. Aku ulser. Biasanya, kalau malam minggu macam ni kami biasanya bejaga sampai lewat malam nonton tv bedua. Huhu. Kadang bertiga. Kalau miming aku bangun dari tidur. Hahahhaha


Esok ada event di giant hypermarket. Sebenarnya dari 28hb lagi. Rasanya macam mau kesana bah besuk. Rasaku macam orang utan suda ni di rumah bebangas. Hahahhaa

And the title fo today is, collect ur money for ip seben. Hahahhahahahaha


Bye guys!



Friday, October 28, 2016

Nine




Assalamualaikum readers..


Baru tadi aku tingu balik kalendar semacam ada beberapa hari lagi menjelang SPM tahun ni. Exactly, sembilan hari lagi.


Almost everyday im nervous. Hampir setiap hari. Bukan cakap aku ndada belajar, setiap hari aku belajar, cuma kadangkadang semangat pudar, kadangkadang badan penat, kadangkadang mata pun nda mengizinkan untuk aku berkedip dengan lebih lama sambil baca teks sejarah yang bikin tiap malam aku hambar. Ahahahaha akceli i dont like history. I love numbers and numbers.




Tonight i will prepare ma notes for kertas tiga sejarah. Masa tahun aku dulu ndada ni kertas tiga segala. Cuma sampai kertas dua ja. --'


Walaupun memang dibenarkan bawa buku rujukan dan sewaktu dengannya, tapi kalau difikir secara rasional, masa 3jam memang nda cukup jikalau baru mau tingu, baru mau belek satu persatu helai untuk mencari isi. Why not we prepare it earlier? Nda perlu la keberatan nanti. Hanya bawa beberapa lembar kertas ja. Di hujung jari kate ko hahahahah.


Duduk dirumah seharian memang bosan. Bosan bosan sampailah makan tidur makan tidur. Tapi heran, nda la pandai menggendut bah. Sekeping macam sapu lidi adalah.


Aku rindu kesibukan kerja. Aku rindu kawankawan aku. Aku rindu curi curi makan time kerja. Aku rindu buli kawan aku. Semua aku rindu. Ohh, aku rindu sambut telefon to answer complain customer. Hahahahaha



Berbekalkan basic free kuota internet dan apps bloguma yang memang superb ni, aku dapat publish anything yang aku mahu. Anytime. Dia ni kan guys bagus bah, nda makan kuota banyak walaupun bila kau post something on ur blog pakai image, dia tetap laju juga. Dulu, masa aku guna android while im blogging, aku guna apps..em.. alamak aku lupa apa nama dia tapi dia pun sejibi bagus macam bloguma ni. So for blogerian diluar sana yang masih mencari apps yang sesuai, aku sarankan pakai bloguma ni. Cepat pun cepat. Mudah pun mudah.


Kita kan nda suka bah apps yang telampau complicated. Kita cuma ingin menerbitkan sesuatu, then thats all.


Oh im trying to make masef comfy on this situation. Walaupun memang payah la at first. Hahak. One thing u must remember menit, bukan kau saja yang susah. Dia juga sama.


Bye guys. Adios.



Thursday, October 27, 2016

He




Hai guys.

Its been a long time since i dont post anything here. Kemarin hari terakhir aku bersama hero yang merangkap sahabat sekaligus musuh tercinta aku. Perasaan?

Oh can u describe ur feeling girl?


Rasanya tu macam ada manis sikit. Ada masam sikit. Pedas banyak. Rasanya tu macam kau tengah cuba untuk senyum walhal hati kau nangis bila saja tangan kau start melambai insan yang ada di depan mata.


Bertemankan semua sahabat handaimu, semua saudara semenjak kau kecil lagi, aku turut rasa hebat mana perkataan 'sahabat' itu. Walaupun mungkin di riak wajah masingmasing tiada sedikit pun kesedihan, namun sungguh di hati mereka, termasuk aku amat sedih dengan pemergianmu untuk mencari rezeki di bumi orang lain.


Menghitung sebanyak mana masa yang tersisa untuk aku berada dekat denganmu buatkan aku gembira sampaikan aku lupa macam mana cara untuk melahirkan kesedihan masa tu.


Gurau senda, diganti dengan usikan sahabatsahabatmu yang kerap kali menyanyikan lagu sedikit sebanyak mencuit hati aku. Haha. Lagu sufian suhaimi, lagu yang bertemakan perpisahan seakan mengejek dan membuli perasaan aku.


Sampailah kau memeluk setiap seorang sahabatmu. Sampailah kau datang dekat padaku, dan berkata, 'aku tidak boleh janji. Tapi bila aku balik, kau tetap aku cari. '


Then she only can give her best smiles for u. Hope is began.


Menuju pintu terakhir itu, aku hanya mampu berkata dalam hati, ' when u come back soon, u will see the same smile that i did for u just now. '


Then aku balik. Faced the truth that im alone now, again. Dan masa tu barulah air mata aku munculkan dirinya. Tanpa bunyi. Flashback. Semua kenangan kita. Masa aku belajar drive, aku marah kau. Masa kau jealous membuta, aku marah kau. Masa kita rai ulangtahun aku, kita ketawa bersama. Masa kita makan aiskrim. Masa kita bekejar semacam hindi sebab masatu aku merajuk macam orang budubudu. Haahahaha semuanya bermain di minda semacam slideshow image. Slowly betukar.


Seolah aku mendengar suaramu berngiang di telinga. Suara ketawa. Semua berngiang di telinga. Are u feel the same like i feel now?

Sampai rumah aku hanya mampu buka handphone dan tengok balik semua gambar kita tadi. Tak apa. Kenangan tu manis. Simpan saja kerana kenangan itu priceless.


'Kamu tidak akan pernah menyedari yang kamu amat menyayangi seseorang itu sehinggalah dia hilang dari pandanganmu kelak.'


Till we meet soon. I'll start missing u. :')



Bye guys.






Monday, October 3, 2016

Besian




Hai guys.

Dengan berbekalkan kesakitan gigian yang masih lagi aku hadapi, dan juga dengan adanya kepala otak yang amat tertekan dan tertekan, aku cuba mengawal emosi dengan mendengar lagu dari telefon kecil aku.


Kalau aku bejalan di bandar, and when i see seorang budak perempuan pegang tangan ibuny, aku rasa sedih, happy, jealous, aku rasa why i cant be like her?


Kenapa aku tidak hidup dengan ibu bapa yang memang akan bagi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anaknya? Kenapa aku hidup sendiri tanpa adik beradik di sekeliling walaupun aku memang ada adik beradik. Hm.


Oh manusia. Jangan sesekali persoalkan kehidupan mengapa begini dan tidak begitu. Kenapa dia boleh begitu dan kenapa aku tidak. Semuanya mengenai qada' dan qadar yang sudah pun menjadi ketentuan sang pencipta yang satu.


I live with ma macik. Selepas 21tahun, aku dibesarkan sampai masyaAllah memang sihat walafiat alhamdulillah normal dan dalam keadaan yang sangat baik. Terima kasih kepada wanita yang sangat aku cintai itu.


For you macik, even u not be able to find and read this blog, fahamilah anakmu ini sudah mencapai tahap kedewasaan dan boleh berdikari dengan segala tunjuk ajar yang telah kau berikan sejak aku kecil lagi. Setiap patah perkataan yang kau lemparkan mungkin mengalahkan emosi aku, tapi tidak untuk sayangku yang semenangnya dari dulu ingin menjagamu sampai ke nafas terakhir..


Setiap kali kau marah, keluar satu persatu perkataan yang bikin hati aku nangis, aku masih boleh senyum. Aku nangis tapi tidak akan bagi kau nampak. Aku diam. Sebab bagiku kau adalah insan yang paling aku hormat dalam dunia ini. Sepatah haram perkataan tidak akan keluar dari mulut ini, walaupun memang kadangkadang aku kalah juga. Tutup pintu bilik, genggam selimut aku then listen to whatever song with sound yg fullblast. Hm. Aku mampu lakukan itu saja.


Thats why aku suka kerja. Kerja dan kerja sampai otak tidak lagi waras. Rehat cuma beberapa jam dan kemudiannya esok kembali bekerja kembali. Hm begitulah rutin.


Berbanding cuti, aku lebih suka menyibukkan diri. Melarikan emosi dari semua perkara yang telah berlaku baru baru ini. And i miss ma bro so much. :')


Tagapkan u heart girl. Masih banyak chapter kau perlu hadapi. Kau bukan belasan. Kau puluhan.


Bye guys.



Sunday, October 2, 2016

Ripped jeans




Everyone has a problem. Setiap orang ada masalah yang tesendiri. Aku? Aku pun ada..

And ma problem is, akceli ma Big problem is..
Aku cepat marah.


But the good news is, aku cepat okay. Setiap hari, setiap aku lakukan rutin harian aku yang memang nda boleh dinafikan perh sumpah sibuk gila haha aku kadang kadang memang terhigh notes, termaki, termarah, hm kadang kadang aku becakap pedis. Hahaha pedis means macam ala ala kau makan lada biji segar. Hahahah wif no water indeed.


Kawankawan aku? Eh ofkos la dorang nda peduli. Kadang kadang dorang biar ja. Sebab yes, in 5minutes aku akan macam biasa balik. What to do? Memang aku sejak zahir lagi begini. Mungkin aku mewarisi bapa aku punya emotion. Hahahaha.



Im sorry ma dearest friends, kalaukalau ada yang masih simpan di lubuk hati kissil mereka huhu. Mungkin ada yang berdendam dengan aku mau lempar aku guna tai kuda wkakakakakakakaakaka

Esok isnin bahagia. Aku offday macam biasa. Uhh monday, i lahv you so much. Macam aku menyayangi gomeng, kucing superman aku. Haha.


Sampai jumpa lusa guys. Dedaaa