19th May 22.
Post terakhir aku sebelum tibanya harini untuk menulis lagi. Memandangkan hanya aku saja yang bekerja pada hari ini, so aku terfikir untuk mencuba login kembali blog yang sekian lama aku miliki. And yes, semua kawan kawan aku masih lagi dalam mood raya sampai ke hari ini melainkan aku yang ingin turun bekerja seperti biasa dan merebut gelaran Pekerja Terbaik 2024 hahaha
oh ya, Selamat Hari Raya to everyone of you my fellow readers. I miss you so much, especially blog aku yang satu ni.
2023, satu post pun tiada, teramat sibuk dengan rutin seharian yang sangat menyibukkan diri yang masih terhuyung hayang sehingga kini. Sepanjang satu tahun tu, banyak benda yang berlaku sedikit sebanyak mendewasakan lagi diriku yang masih kebudak-budakan abadi. hehe
Perubahan? semestinya ada, dan yang paling ketara sekali semestinya BERAT BADAN. hahahaha yes, berat badan yaa yang melampau-lampau. Untuk sang hati, aku masih dalam proses mengenali seseorang yang ku temui semenjak penghujung tahun 2021 sehingga kini.
Istimewakah? ya, dia tersangat istimewa.
Mungkin ada yang bertanya, bila ingin meninggalkan zaman bujang yang penuh liku ni? jawapannya, soon..Tidak lama lagi, atau pun jawapan yang terpaling selamat, kalau bukan hari Sabtu, mesti jatuh pada hari Ahad. hahahahaha
Untuk tahun 2024, tahun terakhir aku menikmati usia '20-an' ini, next year aku ucapkan selamat datang 3 series. Ahhh, age is just a number kata orang puteh. Hanya nombor sahaja, tidak melambangkan apa apa ntah itu kematangan fikiran atau perubahan sikap peribadi yang semakin menerima apa apapun kejadian yang berlaku sama ada baik atau buruk.
Tahun demi tahun, aku cuba untuk mendidik diri sendiri untuk sentiasa bersangka baik untuk setiap peristiwa. Selalu bersangka baik. Bila bersedih bersangka baik, apalagi bila bahagia, lagilah bersangka baik.
Tahun ni juga, sahabat baikku sudah pun meninggalkan zaman bujangnya baru baru ni. Sahabat susah dan senang, sahabat berdikari, masing-masing ada pengalaman yang serupa, masing-masing selalu saling menguatkan. Tahniah sahabat. Semoga bercinta sampai ke syurga abadi aamiin.
Aku merasa sedikit kehilangan bilamana sahabat ku itu sudah bergelar isteri orang. Aku bersedih? Ya sedikit bersedih.. Bahagia?? Of course bahagia. Akhirnya dia menemukan lelaki yang selama ini dia cari. Untuk situasi, semestinya masih janggal sebab yalah, dia sudah pun jadi bini orang, tidak sama macam bujang dulu, boleh kesana kesini. Sekarang tinggal aku sendiri dan anak bulus 11 ekor yang setia menemani dan mendengar keluhan 'perempuan gila' ni.
Bila aku melihat sekeliling, kawan kawan ada yang suda berumah tangga, ada yang sudah begelar ibu dan bapa, ada yang sedang melalui proses pernikahan. Aku gembira, masih berpeluang melihat keadaan sekeliling yang sedikit sebanyak mengajar aku erti hidup yang sesungguhnya.
Bagi aku yang masih belum mendirikan rumah tangga, aku berpeluang melihat realiti yang terkadang digambarkan seolah-olah drama slot Akasia di kaca tv. Hanya manis dan indah belaka. Hahaha Aku selalu berdoa, bila mana aku mengambil keputusan yang paling besar dalam hidup iaitu bernikah, semoga kelak aku akan dapat melaluinya dengan kebal serta kalis peluru. Hehe
Itu sahajalah untuk kali ni. Sampai berjumpa lagi insyaallah. Semoga kelak aku menulis lagi dan moga itu adalah berita gembira yang kalian tunggu.
Terima kasih untuk masa yang kesekian kalinya. Much love <3
~suraya

.jpg)