Saturday, November 26, 2016

Quality


Hanya ada putih dan hitam
Tanpa dijelaskan mengapa
Bagaikan rabun warna
Yang jelas nyata - bittersweet

Hai guys. Sudah pukul dua belas malam tapi masih belum tidur tidur lagi?


Yang belum tidur, semestinya kalau bukan ada hal yang dibuat, mesti tengah mengelamun dan befikir.. befikir.. ataupun dalam erti kata lain ahh aku pendekkan kata saja, mesti tengah rindu.



Bila kau buka musicfile, dengar lagu, lepastu sayup sayup rindu datang. Dia mesti sapa jam jam begini. --'


Cek adek rindu sapa cek adek? Rindu quality time setahun yang dulu.
Habis sekarang tiada quality time ka? Ada.. tapi samar. Tidak macam dulu.


Penuhkan masa untuk gelak ketawa bila tengok lawak solo. Ketawa sampai menangis. Haha. Tapi, setiap orang, sebelum tidur, dia mesti akan teringat seseorang. Entah itu mak bapak ka saudara mara ka buah hati sekalipun, mesti akan terlintas sekejap.


Ohh.. cek adek rindu buah hati eh?



Nda la. Mana ada buah hati. Mungkin terbawa bawa oleh lirik lagu naif yang didalami tanpa sengaja.


Tomorrow i hv quality time wif ma gegurl. Cik Arpiani Arwis dan Cik Jasmieya Danny. Sesungguhnya lama nda ada quality time betiga kan? Kamu sibuk aku sibuk. Lapan juta ratus bulan sekali baru jumpa hahaahaahaha


So esok, kita enjoy. Lepaskan semua tekanan yespeyem yang telah pun habis baru baru ni. Mudahan keputusan nanti baik baik saja.


Cukup untuk malam ni. Bye readers.



Sunday, November 6, 2016

Yespeyem


Tomorrow is ma fels day fo bertungkus lumus. So when i call ma mmy yesterday, i cry. Aku bagitahu yang aku takut. Dia tanya why.. aku cuma kata yang aku takut..

'Jangan takut nak. Doa terus. Yakin ya.'

When every mom says tht to their daughter, so automatically air mata mesti bejatuhan punya la. Dicampur kerinduan lagi kepadanya huhu. Mampu berhuhu saja la.


Im just afraid bcs aku takut aku nda dapat bagi apa yang orang tua aku harapkan. Dan sememangnya nafas lebih lega bila dengar macik aku cakap, kita hanya buat apa yang kita mampu saja. Kalau kita nda mampu apa boleh buat..


Thankyou ma beloved one.


So fo all spm candidates out there, suda siap ka kamu semua? Haha dengar dengar tahun ni berdasarkan kbat. KBAT means kemahiran berfikir aras tinggi. Fuah. Jawapan memerlukan logik. So untuk sudut yang positif, dia kira senang juga la sebab jawapan tiada skema. Kalau dia boleh terima, then u got marks.


Tomorrow im not going wif ma junjun. Fo first day spm, macik aku akan hantar aku dulu. Esok baru aku bawa moto aku. Hm a girl wif baju kurung and moto absolutely macam krik krik wkakakakaak.



Aku cuma takut subjek sejarah. Bukan aku takut bah cuma aku nda suka. Hahaha. Okay let me tell u a secret. Kalau seseorang tu dia suka nombor, dia mesti nda suka sejarah. Dan begitulah keterbalikannya.


Dulu, everytime subjek sejarah sama hari dengan maths, aku mesti jarang buat nota. Sebab im too excited about maths. Entahla. Dia punya best lain macam guys. And i cant wait bila tiba hari maths nanti, aku mesti tidur lena punyalah malamnya ahahahahahahahahaha


Terima kasih to cigu masa aku sekolah rendah dulu, Cg Saparuddin Lakanda. Terima kasih cigu. Insan yang buat aku jatuh cinta sampai sekarang dengan maths. And aku janji, aku akan skor maths dengan jayanya. Amin ya rabb. Maths ja okay berani janji. Wkakakaaa A+ wa janji.


Yang lain? Semacem haremm hahahahahaahah. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga segala apa yang aku pelajari diberkati.


Bila kau bekerja dan pada masa yang sama kau mesti belajar juga,disitu sangat susah wa cakak lu. Sebab apa? Sebab kau sudah penat berabis masa pagi masa kau kerja then bila sampai ke malam kau sudah ngantuk badan kau sudah nda mampu untuk bagi hundred percent reaction walaupun mata kau masih gah lagi. Itu satu prob.


Masalah kedua bila kau belajar sendiri. Alone by urself je. Kau paham ka tak paham ka kau terpaksa jugak paham. If u hv any question, u answer it by urself masa tu jugak. Jika nda dapat jawab, then tidur saja la. Sambung pigi next day.


Bagi orang yang sudah pernah melaluinya sama macam aku, dorang mesti akan paham macam mana susah macam mana perit lebih lebih lagi macam mana untuk bahagi masa kau dengan bijak efektif effisien dramatik gramatis globalisasi jerayawarna pascakemerdekaan haaa Nampak??? Tanda fully get ready untuk BM tomorrow wkakakakakkaakkaakkaak



Bila tidur malam nanti. Mimpi indah la. Sebab esok hari yang kau tunggutunggu bukan?

Kepada orang tua i, cigucigu i, sahabatsahabat i, wish me luck. Doakan saja aku masih boleh melakukannya semacam dulu juga. Haha. Okay sampai jumpa nanti!


Bye guys. Assalamualaikum.



Wednesday, November 2, 2016

T-T




Semua orang ada binatang peliharaan masingmasing. Kucing, anjing, ikan, ataupun binatang ternakan macam ayam itik dan macam macam lagi. Dan tidak dinafikan juga kebanyakan isi rumah suka bela kucing. Satu makhluk Allah juga yang boleh redakan kemarahan kita, boleh fahami perilaku kita, boleh bikin kita gembira juga.. hm..


To all cat lovers out there,. Bila saja kau penat dari kerja, lepastu ko sampai rumah ko buka pintu then dia 'miau' dengan manjanya seolah olah dia berkata, 'lamanya balik..' lepastu ko pun angkat dia dan cium sambil kata juga, 'miming lapar eh..ayok p makan' :'(


Kucing aku sakit. Dia cedera bahagian tumit kaki kanan. Pasal kena gigit anjing. Masa luka pertama tu dia macam luka biasa ja. Tak ada papa. Aku pun biarkan dia jilat luka dia sendiri sebab ofkos air liur kucing ni ada power heal itself. Boleh mengubati luka dia sendiri dengan cara jilat ja.


Esokny, pun sama. Luka dia masih okay saja. Sampai hari ketiga, aku perasan dia jalan suda nda stabil nda macam hari hari sebelum nya. Bila aku perhatikan lama lama kakinya, ada darah, lepastu something moving di dalamnya. Kaki miming beulat guys..


Ohh sedih aku tuhan saja tahu. Tenguk mukanya yang mengiau seakan memberi makna yang tak apa dia tahan katanya. Aku nangis. Sedihnya ya Allah. Dulu, aku pernah kehilangan kucing sebab dia kena racun. Sekarang , aku ndamau hilang lagi.. :'(

Aku takut ulat. Aku hairan kenapa aku nda takut sama haiwan ganas ganas macam ular ka apa ka tapi kenapa aku takut ulat. Aku fobia ulat. Tapi oleh sebab ingin bersihkan luka kakinya yang semakin banyak ulat, aku gagahkan mata dan tangan juga. Cuci lukanya dengan air suam. Lepastu letak yellow lotion, aku biarkan dia tenang sekejap.

Sudahtu aku baringkan atas meja. Act semacam aku doktor haiwan masa tu. Aku bedah cabut satu satu ulat yang begerak begerak tu.


'Bahaya suda ni. Nanti ulat makan tisu sampai ke tulangnya'
'Nda bawa p klinik ka? Teruk ni..'
'Kesiannya..'


Share dengan kawan kawan minta apa boleh ubat dengan luka macam ni, banyak juga yang kasi feedback. Ubat gamat misalnya. Nda kurang juga yang simpati dan sedih dengan keadaan miming macam tu.


Aku bukanlah orang yang kaya. Bila aku tanya kawan aku berapa agaknya kos rawatan di klinik haiwan, mereka kata makan ratusan juga. Ya Allah..


Aku hanya mampu guna semua ubat dan ikhtiar yang aku ada. Dengan doa juga. Semalam aku nda tidur lena. Aku selalu tebayang ulat ulat tu. Aku fobia. Lepas solat subuh, aku terus jenguk miming tinguk kakinya macam mana. Hm. Aku nangis.. sedihnya guys. T-T kepada pencinta kucing yang macam aku, mesti kamurang paham perasaan aku macam mana.

Ulat tu masih ada. Banyak dari sebelumnya. Aku nda putus asa. Aku bersihkan lagi. Nda sampai hati kadangkadang nampak dia meraung kesakitan. Hm


Get well soon gomeng. Lekas sembuh sayang.. Aku sunyi.. aku mau tinguk kau lari lari lagi..


Bye guys.