Thursday, November 23, 2017

Matrijadi




Hai guys. Assalamualaikum.

Harini aku tulis satu entri setelah lama sikit nda update. ‘Lama sikit’ macam berbisa tu sikitnya hahaahaha.

Semalam merupakan hari ulang tahun yang ke lapan belas ratus sahabat aku. Lepas tambah tolak darab bahagi bayar hutang, ekceli itu hari ulang tahunnya yang ke dua puloh lima guys. Hahaha

At first, aku sedikit terlupa dan tersalah tarikh. Aku kira 20hb. Mujur cik liok kita aka mak jemah yang bagi aku ingat. Bukan 20hb. 22hb la maknon.


Mengakui kau bukan kawan biasabiasa, tapi luarbiasa. Aku cakap begini jujur dari hati aku saprel. (Topap kan aku lima puloh ya hahaah) kau tau la bah tu kan. Mestilah apa yang dibuat semalam menandakan bahawasanya kami amat menyayangimu dari kolbu nyah. Dari suuuddduut hati inihhh.


Tapi yang paling berusaha, mak jemah aku la. Redah hujan bagai. Pegi sini sana sendiri. Walaupun redah hujan tu perkara biasa dan normal bagi kebanyakan orang, tapi ini menakjubkan guys. Haha. Aku bangga. Akhirnya dia boleh berdikari yeahhh. Aku bukan buat lawak ya jah.


Mak jemahku semakin matang dan dewasa. Aku bangga. Tapi sedaya upaya aku terharu, air mata bebal keluar juga. Hahaha. Jah, aku sayang kau.


Hai kembar.

Sanah helwah sodara. Dari lubuk hati yang paling dalam, tiada kata dapat kuucapkan untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini. Dan hanya doa yang mampu kupanjatkan untukmu. Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu. Keep in touch yo. Sampailah nanti kau berjumpa bidadarimu. Sehingga sampai waktu itu, jangan dilupa persahabatan ini. Jangan nangis nyah. Buruk lelaki nangis. Hahaha


‘Like the wind blows through the trees, so friendship blows through our lives.’

Coji,

Happy birthday this year and always!


Love. Suraya.



Wednesday, September 6, 2017

Hitam




Hai guys. Its been a long time since ma last post on this blog.

Today i want to share something.


No matter hw great ur bestfriend is, fights and disagreement are bound to happen once in a while.

Setelah sekian lama baru kita gaduh mak. To ma very bestfriend. Ma saudari. Ma partner in crime in this world, the one and only.


First of all, i would like to apologise. Sebenarnya ini semua hanyalah disebabkan kurangnya komunikasi. Aku lagi yang baran, aku lagi yang cepat naik hantu lagi memburukkan keadaan.


Kalaulah aku yang menjadi penyebab kamu tunggu lama, dan penyebab semua plan menjadi sia sia, ketahuilah sahabatku, itu semua pun berpunca dari katamu yang berkata mahu pulang saja. Punah hatiku. Semangatku tiada suda.

Dan lebih memburukkan keadaan. Henfon saya lobet. Dan mati. Dan kau cakap aku offline. Memanglah, kalau kau tidak tahu cerita sebenar memang pendapatmu dari satu kenyataan saja. Begitu juga aku.


Tapi, boleh saja bah kan, guna henfon kawan lain untuk text kau, boleh kan? Boleh sahabatku. Tapi bukankah kau yang cakap dulu mau balik. Tanpa kau sedar, aku tawar hati mau jalan suda sahabatku. Dan itu aku tidak sempat nyatakan kepadamu.


Jadi salah siapa suda ni sahabatku? Salah kita berdua.


Biarlah barihat mak barang sebulan ka. Hahaha. Malas mak. Kau pun bahagia juga kalau mak tiada. Kawanmu ramai gila. Petik jari saja. Pernah kau fikir keadaan ku bagaimana? Teperap drumah. Kadang internet tiada. Bagaikan di hutan belantara.


Kau bukan nda pandai cari bahagiamu. Aku tahu kau pandai. Bahkan lebih dari itu. Bukan baru sebulan kita bersahabat saudariku. Suda sepuluh tahun aku lap hingusmu, kau tendang kakiku. Aku ketawa depanmu, kau menangis depanku. Itu bukan waktu yang sekejap makku.



Luar dalam kehidupan kita masing masing kita saja yang tahu. Bahkan rahsia kita kongsi juga.


Tinggalkan semua kesakit hatian ini. Ini cuma pemanis jalan bahagia persahabatan kita. Kenang kembali disaat kita masih di bangku sekolah dahulu. Bayangkan dan senyumlah. Indah bukan?


Semoga berbahagia sahabatku. Aku cau dulu.



Tuesday, August 8, 2017

white







Hi guys!


selepas berabad lamanya, berkurun lamanya, harini baru sis berpeluang untuk tukar header yang rasa-rasanya almost 4years sis pakai. ahahhaa nampak betul tiada masa kan? aiyer


lepastu sis ubah template. semacam mahu pakai warna putih sahaja. manis kan? oh aku semakin mature nampaknya. wooah



memandangkan suasana baru, header baru, skin baru dan sebagainya, aku rasa makin semangat la untuk meluangkan masa lama lama disini. hahahahh walaupun itu hanya bualan kosong semata, eh tapi bukan lah bualan kosong semata sebab, ia wujudkan satu memori. right guys?


niat sebenarnya mau membebel dengan lebih panjang lagi. tapi aku sakit gigi. ahh sakit teramat. 


bye guys.





Monday, August 7, 2017

delete




selama aku menaip, adalah sebanyak 500 post since 2011. aku belek sampailah post paling pertama sekali, pendek kata post memalukan dan menggiurkan emm hahhaha. Nda silap aku, 24mac 2011, tahun pertama aku mula terjebak dengan dunia blogging ini.


niat aku masa dulu buat blog ni bukanlah untuk menjadi terkenal bla bla and so on, macam aku cakap beribu ratus kali, aku hanya ingin berkongsi cerita suka dan duka. followers aku pun ndala begitu ramai, dan rata rata semua tidak mengenali aku dan cuma kenal di alam blog ini sahaja. 'oh si anu update lagi' 'lamanya si anu nda update' 'blog dia ni nda aktif suda kah?' dan macam macam lagi monolog terlahir di minda.


daripada 500post itu, aku sudah kurangkan dan sekarang tinggal 309post sahaja. itupun tulisan tahun pertama aku yang kamurang bayangkan la tahap lago ny mcm mana dewa. hahahhahahaha


bila aku baca balik, sumpah, ni aku kaini? astaga lago betul pulak. kenapa sampai begitu bidak sekali cara menulisnya tu tuhan. 

aku ingat lagi, tahun 2014 merupakan tahun gigih aku update blog. dalam banyak banyak tahun, tahun 2014 tulah yang macam setiap masa aku buka blog aku. update samtin. blogwalking. manis juga kadang bila ingat. Haha



shoutbox sebelah kanan blog aku ni yang kalau kamurang perasan, (bagi yang buka blog melalui pc sahaja baru boleh nampak shoutbox) aku rasa aku mau buang lepastu ganti baru. Blog punya skin pun aku mau tukar, oh begitu juga dengan header. 


Macik aku bercadang mahu pasang wifi. barubaru ni dia ada bertanya kalau kalau aku setuju bila wifi diwujudkan dirumah. mungkin, ini masanya aku bergiat kembali macam dulu kala itu ecewahhh


bagi yang gemar setting theme blog dan sedemikian rupa, mesti kamurang faham kan berapa banyak masa yang diperlukan kannnnn hahahha 


itu sajalah. sampai berjumpa di lain waktu lagi sayang sayang. 

wuvyou










Thursday, June 15, 2017

Suti


And its ma offday todayyy yuhuuuu!

Assalamualaikum. Hai guys. Everiday im thinking of ma blog, siyesly i tak tipu munya. Haha


Cuma saat dan ketika tu agak sempit sikit. Mungkin mau post entri ketika 'melabur' kali ya? Hahahahaa


Dan kita sudahpun memasuki 10malam terakhir bulan suci Ramadhan. Banyakkan amal ibadah mudahan diterima disisinya amin.

As for today, i hv a date wif ma lovely cerewetness sistur, liok. Nampak gayanya iftar di bandar la jawabnya. Sebenarnya aku set alarm jam 950 tapi oleh kerana henfon aku berdering menyanyinyayi lagu shape of you, ohh rupanya boss aku kol ahh dem it. Terpaksa laaa aku bangun. Tapa, mata biar buka, badan kita kasi rehat lagi secukupnya miahaah



Aku adalah seorang yang sangat sibuk. Pagi kerja macam biasa. Malam menjahit. Malam mengemas. Malam rehat selama limaminit uhh sadisnyaa.

Nda sedar seminggu lebih lagi raya. Astaga. Cepatnyaa masa. Siapa masih single raya tahun ni angkat tangan! Kita geng. Hahhaahaha ndaba


Okayla. Tu saja. Bangun dan mula mengemas sekarang! Bye guys



Tuesday, May 23, 2017

Cuka




Malam ni aku ingin bercerita, mengenai kisah benar lagi nyata.


Kisah benar itu pasal apa? Pasal cinta.

Lapan daripada sepuluh orang mengalami benda yang hampir sama. Ini berlaku di sekelilingku juga.


Mula mula, mereka jatuh cinta. Semua moment rasa indah belaka. Senyum tawa gurau senda ahhh indahnya..


Secara tidak langsung ada saja kebetulan. Minat yang sama, hobi sama, fobia sama, malah makanan kegemaran juga. Itu juga manis.


Siang malam asyik teringat dia saja. Malam tidur dengan lena sebab bait bait indah kata manis pujangga. Siang bangun bersemangat bagai seorang wira. Haha



Rasa cemburu itu ada, tetapi masih tahap manis manis gula gula kapas. Dan berjalan waktu seiring masa...



Berbulan bulan lamanya, ada yang sampai bertahun tahun juga. Setiap hari ada saja yang tidak kena. Cemburu berleluasa. Bukan kerana berubah, tetapi sifat sebenar telah keluar dengan gahnya.


Hari hari yang indah sebelum ini kini kian suram masam dan cuka. Hal kecil sekecil kuman boleh jadi sebesar gajah. Kerana apa? Kerana belum matang sebenarnya..


Bagi yang berjaya, akan sampai ke destinasinya. Bagi yang berputus asa, masa untuk menutup hati dan membukanya kembali setelah berkurun lamanya..


Pft. Dari tadi hakak bermain kata kata yedak? Haha. Ini kerana kiri kanan aku mengalami situasi yang sama. Percintaan yang tragis. Prikitiu.


Tidak kisahlah adam mahupun hawa, kedua duanya terkadang tidak mahu mengalah. Hanya menangkan ego saja. Cukuplah motor bertuankan ego. Hm ego lc.


Jadi, waktu rehat aku sudah sampai. Aku modop dulu. Bye guys.





Thursday, May 18, 2017

Eyes




Orang berkata, 'berbahagialah sebelum tuhanmu menarik satu persatu nikmat itu'.


Baru baru ni aku diberi ujian. Walaupun tidaklah sebesar mana, tapi ia cukup menguji sejauh mana aku bersyukur dengan nikmat yang tuhan beri.


Mata kiri aku dijangkiti kuman entah kuman bangsa mana sampaikan benanah dan berbentuk bulat kecil. Sebenarnya dia di kelopak mata lapisan dalam.



Mulanya aku fikir oh tu mungkin benjolan biasa. Sesetengah orang hadapi situasi begitu. Tapi lama kelamaan dia makin besar, sampai tahap mengganggu penglihatan aku sikit. Rasa sakit tu memang tiada, tapi aku mula rasa tidak selesa.


Banyak alternatif aku cuba, termasuk petua orang tua tua contohnya sapukan bucu bantal tiga kali sambil selawat dan macam macam lagi aku cuba. Tapi masih sama. Semakin hari benjolan tu semakin besar.


Lepastu aku decide jumpa doktor, memandangkan ni mata weii. Mata wa cakak lu. Organ yang sangat penting. Tanpa mata fuhh gelaplah dunia.


Operation kecil pun dibuat. Dengan mengorek, menghiris dan mengeluarkan semua nanah tu dari kelopak mata aku. Perit. Haha. Lepas sudah habis, imej aku totally berubah hundred percent. Menjadi jack sparrow, hero pirates. Hm.


Dan sekarang alhamdulillah mata aku pulih sepenuhnya. Kepada semua readers, jagalah kebersihan terutama sekali tang mata. Mata ni paling berharga. Priceless. Bagi yang makeup lover tu, lepas sudah makeup pleaselah bersihkan muka sebersih bersihnya terutama part mata. Orang cakap, mencegah lebih baik daripada merawat.


Okayla thats all for tonight. Salam sayang ecece.


P/s : i excited ni uols. Excited macam mau dapat mesin jahit harga 3k hahahaha





Friday, April 14, 2017

Aunt


Ahh. Harini hari istimewa lagi. Terkenang dimana enam tahun yang lalu, dimana masa tu kita masing masing masih memiliki ingus hijau, masih muda masih mentah, masih gilagila dan sewaktu dengannya. Tiba saja hari istimewa mu, kita, power rangers enam orang memilih untuk meraikan hari ulang tahun mu di tepi highway keramat Tawau town. Ahaha. Masih segar di ingatan mu bukan?


Dan hari ini, usiamu bertambah lagi. Walaupun nilainya masih sa, tapi angka itu bukan berakhir dengan sweet teen anymore hahahaa.



Terima kasih untuk sepuluh tahun yang berharga ini.


Mengenai jam yang aku beri, aku tahu ianya tidaklah semahal yang dapat kau banggakan, dan entah mau bagi kau apa, sakit kepala memikirkan benda apa yang tidak dimakan dan boleh dipakai dan boleh berguna dan boleh membuatmu mengingatiku ciacia. Hahaha semua yang aku lakukan hanyalah untuk membuatmu mengerti bahawa kau bukanlah sekadar sahabat bagiku. Ia melebihi dari perkataan buddys yang hanya memberi satu makna sahaja. Bagiku, kau kakak yang cerewet tahap naga dragonball . Bagiku kau kakak pendek yang kuat beremosi dan terkadang cengeng juga. Bagiku kau kakak tetapi tetap aku yg tua. Walaupun kau memang kakak tapi aku yang kakak ahhh pedulilah hahahaah



Semoga berbahagia selalu kakak merangkap macik gojes ketipak ketipung suara gendang bertalu talu. Hahahahaha



Tahun tahun mendatang, jika aku kaya, semestinya aku akan lakukan lebih dari apa yang aku lakukan hari ini hanya untuk membuatmu bahagia. Hanya untuk membuatmu tersenyum tersipusipu malu malu kusing.


Sahabatku Lia Fahriana Makmur, bertambah lagi usiamu pada hari ini. Dan hooray aku tidak lupa kans. hahahaha yala, macam mana mau lupa, selalu kena bagi ingat befdey ku nda lama befdey ku lama grr --'


Dear Macik,

Happy Birthday to the only girl I know who is almost as awesome as I am. I know how hard it is to be humble. You are the best friend anyone could ever want. I hope your birthday brings much joy and that your wishes come true. Whenever someone asks me who my best friend is, I immediately says, that is not u. Hahaha my macik, the one who laughs at my jokes and cries with me during my heartaches. I love you, and will always be here for you. I hope you never forget that I am your best friend and i am ur gadish sado peneman dikala duka lara till jannah insya Allah. Ur age is just a wonderful reminder of all the amazing years we spent together macik. I hope to have many more to come, to see ur jelek face in the future soon. May the stars align just right for the perfect night of ur birthday celebration. I love you and hope your day is everything you hoped for.

Sentiasa syukur. Stay gojes. Cepat tinggi.


From the very very bottom of ma hat.

-menik-






Monday, April 3, 2017

Empat




'Biarlah ku bersendirian. Terkurung dalam kenangan silamku.'

Macam separuh mau mampus suda ayatan kan? Hahahahah.


How are you ma readers? Does evitin goin well? Alhamdulillah. Masih sihat walafiat masih ohsem masih ceria seperti setiap hari hari yang berlalu.


Tengah malam begini, kalau hakak tidak boleh melelapkan mata, haa mestilah tulis satu entri. Sebelum tulis entri, berfikir sekejap mau share pasal kebende tu..


Okay. Bulan ni April. Let me say bulan April ni kira macam warm up suda. Warm up bukan mau apa, cuma kita nda lama ke pertengahan tahun. Hm dua bulan ja lagi kans?


Lepastu April ni kira bulan birtday orang orang yang paling aku sayang. Sebenarnya malas mau ingat. Tapi apakan daya, tuan punya badan balik balik becakap balik balik mengasitau, 'betdey ku nda lama ya. Aku mau seprais'


Nda malu sungguh kan? Hahhahaha. Tuak badak lepas tu mau seprais bagai nak rak lepastu dia punya aim kalau dapat seprais mahu live di fb atau di ig. Lepas tu take a selfi, sambil muka yang memang seprais gila babi lepastu dengan kapsyen yang hipster yang teramat itu. Hahahahahaa kan...


Jika ditakdirkan kita sampai ke hari dimana umur kita bertambah seusia lagi, bersyukurlah. Sebenarnya, nda perlu sangat ba semua tu, cukup doa. Paling legend doa dalam diam. Biarlah kita dianggap insan malapetaka sebab lupa akan hari penting orang orang yang kita sayang. Hahahaha


Nanti aku buat buat lupa la. Hahaaa. Doa dari sekarang pun boleh nda juga expired. Wkakakakaka


Berbekalkan kaca mata hitam yang macik aku baru beli for me, aku guna dikala malam dikala lampu bilik aku suda mati. Dengan cahaya henfon yang paling minimum sekali, lepastu night shift on, lepas tu pakai kaca mata hitam yang ada uv protect ni, perasaan macam cool habis suda. Hahaha btw itu bukan cool. Itu gila ya.


Itu saja untuk malam hari ini readers. Bagi yang masih blogwalking, teruskan. Nikmati malam ahad ini sebab esok isnin. Haaha daaa


P/s: do follow ma ig guys. @jwjfo hihu



Sunday, March 26, 2017

Skinny




Selamat malam para pencinta blog tegar yang mungkin pada saat ini tengah blogwalking or whtelse. Hm. Hakak masih belum dapat melelapkan mata lagi oleh kerana sel sel otak hakak masih berhubung dengan gahnya hm.


Kebelakangan ni, aku sering sakit. Sakit kepala yang teramat sangat. Sampaikan tidak membolehkan aku bekerja dengan sepenuh tenaga. Sakit. Sakit itukan anugerah. Bila mana kita sakit, tuhan akan gugurkan dosa dosa kecil kita.


Syukur. Sekarang sudah okay walaupun belum okay sepenuhnya. Zaman sekarang yang serba serbi moden ni, orang sering membandingbandingkan saiz badan? Yedak?


Saiz badan kerap kali menjadi ukuran. Yalah, bilang orang cinta tidak mengenal rupa. Oh please. Nda kenal rupa otak kau. Mau mengurat pun mesti tengok dp dulu hahahaha.


Bila si lelaki gemuk, dan si perempuannya kurus bagaikan ikan kering supermodel, ahh mulalah orang sekeliling cop dia ni makan hati. Makan hati bercicahkan lada sulah bikin pedis bikin sakit. Hahahaha. People now adays. No wonder la.



Bila mana si lelaki kurus dan si perempuan gemuk bagaikan tangki biru yang selalu ada di belakang rumah tu, mulalah orang cakap ohh si perempuan ni mesti kaya mesti tebal dompet blablablaaa. Susah mau puaskan hati semua orang kan?


Hidup mestilah jangan peduli apa orang mau cakap. Masingmasing memang ada pendapat. Boleh bah ambil pendapat orang tapi, jangan sampai makan diri sendiri. Cukuplah bahagia, diri sendiri juga bahagia. Kalau bahagiakan orang lain, tapi diri sendiri macam mau terjun bangunan?? Hahahahaah boleh pikir ba kans.


Hakak bebel pasal ni bukan apa, cuma rasa macam hm hm sangaits. Hakak akui memang sekarang ni kurus. Dulu dulu memang badan gemuks sikits. Bila mana kawan yang beratus puluh juta tahun ko nda jumpa, last last tejumpa setelah sekian lama, lepastu dia cakap, 'ohh wow kau kurus sekarang ya. Jauhh kurus. Kau diet ka?'


Semacam dulu ko memang tangki. --'


Tak apalah kurus. Yang penting bahagia. Dan, tak apalah gemuk. Gemuk itukan seksi. Hahahaha


Sudah. Itu saja. Lepas bebel sikit mata sudah mau tutup pula rasa. Bye guys. Tara rammm.



Saturday, March 25, 2017

Nyisu


Hai guys.

Baru baru ni, masa result SPM keluar, alhamdulillah, aku dapat 4A2B2C. Haha. Empat tahun aku tinggalkan zaman persekolahan, memang la struggle gila mau repeat. Susah. Syukur, result cukup cukup makan. Haha. Ndalah teruk sangaits.


Ive got A in bm sej sc and maths. Yg lain harem hahahahahah. Dan sekarang waktu menunjukkan pukul 1747, jam sekarang ni aku mesti lepak depan kedai sendiri sendiri sambil hidup udara bandar yang semakin dicemari oleh asap di sana sini. Huhu


Lepak sendiri sendiri, kadang main game, kadang nonton youtube, yalah orang bujang punya life. Haha. Semua orang, kiri dan kanan semua ada pasangan. Rasa malulah kalau bejalan solosolo lepastu poreber lonli bilang orang. Haha



Sampailah pukul enam. Pukul enam aku mesti balik. Nampak sangaits aku ni jenis menepati masa kans. sekarang ni, walaupun dunia ada 24jam, rasanya macam masih belum cukup. Bagilah berapa jam sekalipun, sentiasa nda cukup nyekepun.



Kadangkadang kalau aku beduduk sendiri begini, mulalah aku fikir pasal future, ohh bila aku umur begini apa aku buat? Aku masih begini atau akan begitu? Ada achievement kah? Itu dan ini. Semua la bepusing pusing kateko. Trisixti.


Lepastu datang bunyi semacam bunyi cengkerik yang menandakan aku sunyi. Aku rasa sunyi juga. Hm.


Hah readers, almost jam enam suda. Sampai jumpa. Daa.



Wednesday, March 1, 2017

tapak tangan




Kemarin, genaplah umur sang Februari. Semacam baru ja fefeeling new year. 

Jumaat lepas macik aku eksiden. Mungkin aku terlalu banyak ketawa, mungkin aku terlalu banyak bergurau senda, sebab tu Tuhan bagi secubit pedih yang membina.


syukur Alhamdulillah. Kecederaan tidaklah serius mana. Cuma tangan kiri patah dan perlu masa untuk kembali pulih semula. Gws macik :')


Nampak macik aku terbaring sayu ada sikit buatkan aku 'seram-seram' juga bawa moto. Tapi betul kata macik, walaupun kita bawa moto sepelan siput sedut sekalipun, kalau bala mau datang , dia tetap datang.


Sungguh, wanita itu wanita yang paling kagumi sedunia. Mana tidaknya, dia masih berkata 'tak apa nak, ini sikit saja.' padahal tangan dia sudah tepengkol macam apa saja. Hm bikin tambah nangis. At tht moment, hilang macho aku. Huhu


Nda dapat bayang kalau hidup tanpa wanita itu. Aku masih seorang oku tanpanya.




p/s : hebat bila menulis pakai keyboard yang sumpah besar. hahahha. ohh for spm candidates '16, termasuk aku, siap siap untuk meratapi result beberapa detik lagi!


Saturday, February 4, 2017

Posto




Kedai baru buka. Masih dalam proses renovation dalam tiga hari yang lalu. Bila saja aku limpas situ, mesti dalam hati cakap, 'eh ada kedai baru lagi?'

Esoknya banner diangkat, tertulis disitu, 'cut and beauty'. Ohh kedai jual kosmetik sama gunting rambut rupanya.


Kalau bos suruh ganti duit atau bagi barang, mesti aku limpas depan situ. Tiga hari yang lalu bila aku jalan situ, ada satu perempuan muda cakap, 'hai kak singgah..'

Aku senyum saja.


Keesokan lagi aku limpas situ, masih dengan dialog yang sama, 'singgah kak..'


Aku senyum lagi. 'Eya....*smile emoticon


Tapi kali ni dia cakap, 'kak ada orang kirim salam'

Dengan gelojohnya aku cakap, 'ahh yang mana? Walaikumsalam...'

Adek tu cakap, 'adalah' sambil melemparkan senyuman siring yang seribu satu maksud hahahahah. Aku rasa budak pengirim salam tu ada dekat situ. Cuma aku nda dapat teka yang mana satu, sebab banyak budak lelaki masa tu.


Aku pun menuju ke kedai, ambik moto, dan balik. Dalam perjalanan tu tepikir, kebende mau pakai posmen ni.. hahahaha


Tadi, aku lalu lagi. Tapi kali ni nda limpas situ. (Jual mahal) hahahah. Tapi otw balik pigi kedai, terpaksa lalu disitu juga, hm. Ada satu budak lelaki duduk duduk di depan kedai, eh aku perasan, muka budak ni tiap tiap hari ada. Oh aku baru perasan. Takan la dia kan budak pengirim salam tu haaa..


Aku jalan ja. Muka pun muka nda kisah. Aku perasan budak tu sempat pusing belakang sambil becakap cakap. (Aku nda dengar habis aku masih jauh lagi) dan bila aku pat pat di depan kedai, adek tu suda tunggu aku sambil cakap, 'kak boleh bagi no telefon?'


Hahhaahahahahaha what thee??
Hahahahahahaahha.


Aku pun stop. Bediri macam patung. Lepastu aku patah balik, 'ada kertas sama pen?'


Budak tu terus ambil buku terus capai pen hulur sama aku untuk aku tulis. Aku pun tulis no fon aku. Adek tu senyum, dia cakap, 'Terima kasih kakak cantik..'


Muka biut macam begini pun kau cakap cantik? Hahahah.



Kalau kaulah orangnya, kebende nda minta no fon sendiri? Bukan kita satu dua kaki ja ka tadi? Kenapa mau pakai posmen? Kirim salam lah.. minta no lah.. hahahahaha tapi,.. comel. Wkakakakakak


Riwi make ma day la. Haha. Mangkali aku samsing sangat. Sampai becakap pun mesti pakai orang tengah hm. Tolong ubah sikit okay menit, --'


Jam pun jam duabelas suda. Masa untuk sleeping beauty guys. Bye!



Thursday, February 2, 2017

Rohasinya




Bekerja selama 30hari tanpa henti memang bikin tulang belulang patah hm. Untung lengan sedikit sado. Hahahaha


Hello readers. Ada masih yang belum tidur lagi? Mungkin bagi yang bekerja separuh mungkin sudah tidur dengan nyenyaknya, yang separuh lagi? Melayari laman sesawang sampai mata membuta. Haha macam aku. :p


Esok Jumaat. Hari yang indah juga. Kenapa? Sebab esok kedai tutup jam 12 dan buka balik jam 130. Jadi ada masa satu jam setengah untuk makan and so on. Walaupun memang tiada offday, hari Jumaat akan dimanfaatkan sebaik baiknya oleh kami ni haa pekerja abadi. Kahkah


Semua orang ada rahsia kan? Aku pun ada. Semacam mahu ditulis disini saja, tapi eh itu bukan rahsia namanya, itu cerita bertutup sementara wakkaakakaka.



Aku ada banyak rahsia. Rahsia yang hanya aku yang tahu. Tuhan juga tahu. Tapi kan readers, kadang kadang, rahsia akan tetap jadi rahsia sampailah datang waktu yang tepat dan sesuai untuk meninggalkan gelaran 'rahsia' itu. Jika belum sampai waktu, masih akan dipanggil 'rahsia'. Ataupun dalam bahasa bugis, 'secret'.


Cepat betul masa berlalu kan? Tup tup buka tutup mata hembus tarik nafas, eh sudah pigi bulan Februari. Sekejap nya habis Januari kemarin. Nda sedar nanti terus Mac. Bulan seram bagi semua calon spm tahun lepas. Oh aku juga turut merasakan gegaran badisko waaakaakakakakakakakakak hm takot.


Usaha kan sudah. Doa sudah. Tawakal ja la tinggal. Hahak. Semoga nanti baik baik saja. Amin ya rabb.


Ahh itu saja la. Kemarin kemarin sebenarnya ada banyak idea bejuntai juntai mau membebel ini itu, tapi hm kekangan masa dari hari ke hari bikin aku sesak nafas. Haha okayla bye guys! sampai jumpa!







Friday, January 13, 2017

Simpul mati


Hari tu dia berjalan sambil melompat kecil dengan girangnya, di tanganny ada bunga putih, digenggam erat sambil terukir senyuman di bibirny. Dia bahagia.


Dia lupa. Hati bukan miliknya. Hatiny milik sang pencipta. Bila mana hatiny telah ditetapkan untuk mula mencintai seseorang, oh itu di luar kawalanny. Sungguh lumrah manusia. Menginginkan diri untuk disayangi. Hm



Kepada awak. Walaupun mungkin mustahil untuk awak jumpa blog saya ini. Tapi seandainya satu hari awak jumpa, fahamilah, ini hanya seperempat dari apa yang terbuku di hati kecil saya. :)



Sekarang aku tahu, apa zombi rasa dulu masa dia ambil keputusan untuk tinggalkan aku. Mungkin masa tu aku masih muda. Kosong. Belum tau apa apa. Tapi sungguh, meninggalkan atau ditinggalkan bukanlah dua sisi yang berbeza. Cuma mungkin setiap orang itu ada sebab musabab masing masing kenapa mengambil jalan sedemikian.


Kau rasa susah juga kan zombi? Hm sekarang aku faham. Bila mana dulu kau ambil keputusan untuk tinggalkan aku walhal tiada angin tiada ribut, bikin aku kecewa kate ko, nangis raban macam kebuduan sebab befikir oh men aku bazir masa aku lagi. Lepastu aku befikir yang kau ni tiada perasaan bla bla bla. Hm. Tapi, bila aku di situasi yang sama, meninggalkan seseorang yang amat kau sayangi untuk seseorang yang lebih kau cintai itu superb perlukan tekad yang tinggi wa cakak lu.


Seseorang yang aku cintai? Macik aku.


Seseorang yang aku sayangi? Itu kau.



Biarlah apa yang jadi kita dua sahaja yang tahu. Tapi janganlah menghukum diri sendiri dan buang masa berfikir mengapa kejadian seperti ini. Walaupun berbuih mulut untuk aku kasi faham why i decide to end up like this, ko mesti takkan faham. Sebab, kau tidak cuba berada di tempatku. Tersepit. Penuh dengan halangan berbatu batu sebab kau tahu keluargaku memang tidak menyukaimu. And im not blame ol of ma femly. Bcs i know, they oredi have they own reason, mengapa dan kenapa mereka berfikir sedemikian.


Dan aku, tidak terdetik di hati untuk melukai hati mereka walaupun hati aku sebagai bayaran.

Kerana kita sudah dewasa. Boleh berfikir baik dan buruk bukan? Boleh berfikir kedepan. Ini bukan pengakhiran hidup mas bro. Percayalah. Akan ada seseorang yang akan mengisi hidupmu kelak. Jangan fikir ini senang untuk aku. Sejuta kali ganda lagi susah dari apa yang kau bayangkan.


Semua anggapan buruk yang kau lempar biarlah aku telan. Aku tahu semua ni mesti berbayar suatu hari nanti. Huhu. Bukan senang aku mula bab baru kembali selepas bekakaian bila mana aku kondem masa zombi dulu. Haha



Aku tahu macam mana handle. Aku tahu macam mana mula. Kau juga bukan pertama kali bukan? Semuanya pasal masa. Mesti belajar redha. Mesti percaya jodoh pertemuan ajal dan maut itu Allah S.W.T yang tentukan. Kau kena percaya jalan hidup semua manusia sudah diatur sejak dari mula. Bila saja hatimu masih belum menerima, kau mesti redha. Berfikir dengan positifnya. Itu saja kunci.



Terima kasih sebab penuhi hidup aku dengan masam manis dan cuka. Aku bukan jenis yang buang kenangan begitu saja. Aku akan simpan sampai bila bila. Bila nanti aku ada anak, mungkin aku akan berkata, 'dulu mak dapat bunga ni dari orang paling speshel' .. hm


Aku tahu cara lelaki berbeza dibanding wanita. Mungkin dengan menghapuskan semuanya lebih mudah untuk melupakan. Sebenarnya sama saja. Wether u delete all of the memories or u face ol of it, it dnt bring too much different.


Senyumlah menit sayang. Hari untuk kau bersedih sudah berlalu. One day, kau mesti akan tersenyum selepas kau lap air matamu hari ini.


And today. You are ma history. Thankyou awak.


Mau tahu apa kawan aku yang saturang tu cakap nanti, 'welkam to the club' wkakakakakakkaakakkaakkakaa yes. Abt one million years since she become single. Ahahahahaha


Bye guys!




Sunday, January 8, 2017

Donate




Assalamualaikum to all of ma readers. To those yang masih belum tidur tidur lagi. Hakak pun belum boleh lelapkan mata cek hadek oi.


Seharian menghabiskan masa berjalan jalan dengan nenek gua, cik Arpiani Arwis. Hambek satukali nama bapak aku cakap hahaha. Sebenarnya dia teman aku pigi cari kerja, tunjuk jalan la kiranya sebab aku ndatau jalan pigi sana tu haa. Dan memandangkan tunggu punya tunggu tapi tiada juga kena kol, jadi tepeleot la tujuan yedak? Berjalan jalan share ma story and hear her story too.

Tapi rasa kurang sebab Jas tiada.




Sokay. Maybe today is not the day menit. InsyaAllah ada rezeki, nanti kau akan dapat kerja juga. Sabarlah ya mak enon.


Oh ya, akceli i wana share sometin. Do u guys pernah mengalami situasi, bila kamurang pigi makan kan, haaa aku bagi contoh la tempatnya Kfc. Kamu pigi makan kan, tapi datang seorang macik bagi senaskah yasin. Dengan muka yang sayu dia berkata, 'yasin nak.. berapa berapa ja'


Its happen to me justnow. Oh bukan tadi ja, suda banyak kali. And i wonder, why restoran macam kfc atau kedai makan fast food lebih gemar dimasuki oleh golongan warga ibu atau bapa itu. Hm


Aku ambil juga. Sebab kita bantu walau nda seberapa banyak, dan naskah yasin itu juga tidak dinafikan memang berharga right? Tapi.. yang musykilnya, kalau warga tua yang jual naskah yasin ni aku nda heran la sebab memang selalu jumpa, tapi tadi lebih kurang macam ada enam orang lelaki dan perempuan (tapi bergilir gilir datang. Mungkin satu kumpulan kali) hm



Dorang bawa satu note kecik semacam buku tiga lima. Lepastu cakap, 'miss derma anak yatim'. Gadis muda tu nda bertudung. Lepas tu lelaki tu macam rare semacam ja aku tengok. What i am goin to say now is, susah mo percaya golongan sedemikian walaupun dorang jual nama untuk anak yatim misalnya. Bukan nda mau bantu, cuma sekarang ni kan banyak betul penipuan. Konon nya guna nama anak yatim or what else untuk raih simpati dan mengambil kesempatan.


Sigh.


Bukan nda mau bantu. Cuma kurang percaya. Identiti anak anak muda yang minta derma dan hulur hanya sekeping nota kecik bukan ja bikin orang takut, bikin orang musykil juga. Masyarakat sekarang bijak menilai suda. Simpati kurang. Jadi, bila kau datang, cuma cakap 'ini untuk derma anak yatim' sembilan dari sepuluh orang mesti bertanya, rumah anak yatim mana? Bahagian mana? Bla bla bla .. kan?

Lepastu muka senyum senyum. Semacam memang nda paham apa ditanya.


Kalau golongan muda itu tadi memang benar mengumpul derma anak yatim, alhamdulillah, masih wujud golongan muda yang prihatin. Tapi kalau sebaliknya, mudahan dibagi petunjuk dibagi kekuatan untuk bekerja dan memperoleh wang ringit dari hasil keringat masin sendiri. Hm tu saja la untuk malam ni. Siyes sangaits hakak ye dak? Hahahaaha



Selamat malam readers.



Friday, January 6, 2017

Job


A wonderful friday today. The first friday of this year. Hari ini diakhiri dengan hujan renyai renyai di kawasan Tawau. Sudah berhari hari hujan di bumi Tawau yang permai ini.


Tomorrow is the day tht ive been waiting for. Esok hari aku interview kerja kembali. Memandangkan aku sedang tunggu result SPM march nanti, ndalah juga aku mau tinggal macam kingkong di rumah ja makan tidur makan tidur. Aku sudah biasa sibuk sudah biasa pagi kerja then malam baru balik. Balik rumah pun nanti urus makan, urus rumah then lelap. That is ma world akceli. Hahahaha


Hopefully esok hari yang seperti aku harapkan. Since october last year i quit ma job lepas tu ulang alik dari Tawau ke kinabatangan lepastu ke Tongod, Telupid. Lepas tu balik pigi Paris. Lepastu balik lagi ke Tawau. Esok balik lagi ke Paris. Haaa macam tulah sampailah kemarin. Hm im start missin ma mmy. :(


Budak perempuan macam aku yang sudah meningkat 'remaja' (sila muntah hijau okay) mestilah banyak benda mau dibeli dengan wang ringgit sendiri. And yes, aku jenis yang memang nda mau susahkan macik aku. Sejak aku kecik lagi aku nda pernah minta duit dengan dia. Tebalikan, dia yang bagi aku. Bila dia tanya do i hv a money? Aku hanya anggukkan saja. Bila pigi bandar dia tanya, do i wnt to buy something? Aku gelengkan kepala.



Yes. I wnt to buy something macik. Not something, but everything wif ma own money. :) and yes, girl nowadays banyak bazir duit berbanding lelaki. Oh men. Girls u shud admit tht.

Fo example, baju. Kan? Pakaian lelaki sikit. Baju, jeans, dan seluar kecik hahahah. Woman? Pft baju, jeans, tudung, inner, seluar kecik baju kecik, and ol of those skincare bla bla bla hahahahahaa --'


Aku sedang mendaki gunung dengan menggunakan 'tali' aku sendiri. Hopefully aku sampai di puncak nanti dan berjaya kelak dan ofkos akan bahagiakan orang-orang yang paling aku cintai di dunia, ma macik, mmy, and ol of ma femly. Oh guys i lap mata iols banyak habuk. Hahahaha taching letteww



Ahh aku lapar. Sampai jumpa lagi. Daa




Wednesday, January 4, 2017

Bulb




Masih belum terlambat untuk cakap oh selamat tahun baru kepada semua warga bumi. Merentasi tahun baru 2017 ini agak agaknya semakin banyak harapan dan prediksi di hari hari mendatang.

Aku? Masih berfoya foya menghabiskan waktu yang masih tersisa sebelum berkomitmen lagi untuk bekerja 28jam sehari. Hahahaha


To all of ma readers out there, semoga tahun baru ini lebih bermakna dan beroleh keberkatan hidup agar dapat merealisasikan setiap cita cita yang sudah lama terkubur rapi. Aku bukanlah melupakan sosok 'buku' ini yang tiap kali aku buka dan catat setiap satu detik hidup yang aku lalui, wether itu susah atau senang sekalipun.


Tapi oleh kerana setiap kali membukanya, aku mesti kehilangan nyalaan mentol di kepala dan aku mesti berfikir yang ohh lupakan saja. Lepastu, bila i have an idea in a short while, mesti aku tengah dalam kondisi yang tidak membolehkan aku menyentuh gadgetku ini.



Ulang alik ke tempat ibunda tercinta selama sebulan yang lalu kerap kali membuatkan sahabat handai sering bertanya, hei u bila balek? Balek nanti lepak jom? And once aku sampai di kampung tercinta kembali, aku hanya mendengar bunyi cengkerik semata mata. Oh akulah cengkerik itu.


Esok, aku akan pulang ke Tawau lagi, bandarku yang penuh lampu neon dikala malam menjelma. Bandarku yang menjadi saksi bila hujan turun dan aku basah kuyup. Bandarku yang semakin hari semakin banyak perubahan yang ketara. Sana bangunan sini bangunan. Sana tempat shopping dan situ padang bola. Hahahahaa


So lepasni, rajinrajin kan lah buka buku okay?


Tashabar tunggu tiba hari esok. Ahh aku sudah merindui Tawau. Mata mohon cepat lelap. Haha gebai!



Newer Posts Older Posts Home