Friday, January 13, 2017

Simpul mati


Hari tu dia berjalan sambil melompat kecil dengan girangnya, di tanganny ada bunga putih, digenggam erat sambil terukir senyuman di bibirny. Dia bahagia.


Dia lupa. Hati bukan miliknya. Hatiny milik sang pencipta. Bila mana hatiny telah ditetapkan untuk mula mencintai seseorang, oh itu di luar kawalanny. Sungguh lumrah manusia. Menginginkan diri untuk disayangi. Hm



Kepada awak. Walaupun mungkin mustahil untuk awak jumpa blog saya ini. Tapi seandainya satu hari awak jumpa, fahamilah, ini hanya seperempat dari apa yang terbuku di hati kecil saya. :)



Sekarang aku tahu, apa zombi rasa dulu masa dia ambil keputusan untuk tinggalkan aku. Mungkin masa tu aku masih muda. Kosong. Belum tau apa apa. Tapi sungguh, meninggalkan atau ditinggalkan bukanlah dua sisi yang berbeza. Cuma mungkin setiap orang itu ada sebab musabab masing masing kenapa mengambil jalan sedemikian.


Kau rasa susah juga kan zombi? Hm sekarang aku faham. Bila mana dulu kau ambil keputusan untuk tinggalkan aku walhal tiada angin tiada ribut, bikin aku kecewa kate ko, nangis raban macam kebuduan sebab befikir oh men aku bazir masa aku lagi. Lepastu aku befikir yang kau ni tiada perasaan bla bla bla. Hm. Tapi, bila aku di situasi yang sama, meninggalkan seseorang yang amat kau sayangi untuk seseorang yang lebih kau cintai itu superb perlukan tekad yang tinggi wa cakak lu.


Seseorang yang aku cintai? Macik aku.


Seseorang yang aku sayangi? Itu kau.



Biarlah apa yang jadi kita dua sahaja yang tahu. Tapi janganlah menghukum diri sendiri dan buang masa berfikir mengapa kejadian seperti ini. Walaupun berbuih mulut untuk aku kasi faham why i decide to end up like this, ko mesti takkan faham. Sebab, kau tidak cuba berada di tempatku. Tersepit. Penuh dengan halangan berbatu batu sebab kau tahu keluargaku memang tidak menyukaimu. And im not blame ol of ma femly. Bcs i know, they oredi have they own reason, mengapa dan kenapa mereka berfikir sedemikian.


Dan aku, tidak terdetik di hati untuk melukai hati mereka walaupun hati aku sebagai bayaran.

Kerana kita sudah dewasa. Boleh berfikir baik dan buruk bukan? Boleh berfikir kedepan. Ini bukan pengakhiran hidup mas bro. Percayalah. Akan ada seseorang yang akan mengisi hidupmu kelak. Jangan fikir ini senang untuk aku. Sejuta kali ganda lagi susah dari apa yang kau bayangkan.


Semua anggapan buruk yang kau lempar biarlah aku telan. Aku tahu semua ni mesti berbayar suatu hari nanti. Huhu. Bukan senang aku mula bab baru kembali selepas bekakaian bila mana aku kondem masa zombi dulu. Haha



Aku tahu macam mana handle. Aku tahu macam mana mula. Kau juga bukan pertama kali bukan? Semuanya pasal masa. Mesti belajar redha. Mesti percaya jodoh pertemuan ajal dan maut itu Allah S.W.T yang tentukan. Kau kena percaya jalan hidup semua manusia sudah diatur sejak dari mula. Bila saja hatimu masih belum menerima, kau mesti redha. Berfikir dengan positifnya. Itu saja kunci.



Terima kasih sebab penuhi hidup aku dengan masam manis dan cuka. Aku bukan jenis yang buang kenangan begitu saja. Aku akan simpan sampai bila bila. Bila nanti aku ada anak, mungkin aku akan berkata, 'dulu mak dapat bunga ni dari orang paling speshel' .. hm


Aku tahu cara lelaki berbeza dibanding wanita. Mungkin dengan menghapuskan semuanya lebih mudah untuk melupakan. Sebenarnya sama saja. Wether u delete all of the memories or u face ol of it, it dnt bring too much different.


Senyumlah menit sayang. Hari untuk kau bersedih sudah berlalu. One day, kau mesti akan tersenyum selepas kau lap air matamu hari ini.


And today. You are ma history. Thankyou awak.


Mau tahu apa kawan aku yang saturang tu cakap nanti, 'welkam to the club' wkakakakakakkaakakkaakkakaa yes. Abt one million years since she become single. Ahahahahaha


Bye guys!




Sunday, January 8, 2017

Donate




Assalamualaikum to all of ma readers. To those yang masih belum tidur tidur lagi. Hakak pun belum boleh lelapkan mata cek hadek oi.


Seharian menghabiskan masa berjalan jalan dengan nenek gua, cik Arpiani Arwis. Hambek satukali nama bapak aku cakap hahaha. Sebenarnya dia teman aku pigi cari kerja, tunjuk jalan la kiranya sebab aku ndatau jalan pigi sana tu haa. Dan memandangkan tunggu punya tunggu tapi tiada juga kena kol, jadi tepeleot la tujuan yedak? Berjalan jalan share ma story and hear her story too.

Tapi rasa kurang sebab Jas tiada.




Sokay. Maybe today is not the day menit. InsyaAllah ada rezeki, nanti kau akan dapat kerja juga. Sabarlah ya mak enon.


Oh ya, akceli i wana share sometin. Do u guys pernah mengalami situasi, bila kamurang pigi makan kan, haaa aku bagi contoh la tempatnya Kfc. Kamu pigi makan kan, tapi datang seorang macik bagi senaskah yasin. Dengan muka yang sayu dia berkata, 'yasin nak.. berapa berapa ja'


Its happen to me justnow. Oh bukan tadi ja, suda banyak kali. And i wonder, why restoran macam kfc atau kedai makan fast food lebih gemar dimasuki oleh golongan warga ibu atau bapa itu. Hm


Aku ambil juga. Sebab kita bantu walau nda seberapa banyak, dan naskah yasin itu juga tidak dinafikan memang berharga right? Tapi.. yang musykilnya, kalau warga tua yang jual naskah yasin ni aku nda heran la sebab memang selalu jumpa, tapi tadi lebih kurang macam ada enam orang lelaki dan perempuan (tapi bergilir gilir datang. Mungkin satu kumpulan kali) hm



Dorang bawa satu note kecik semacam buku tiga lima. Lepastu cakap, 'miss derma anak yatim'. Gadis muda tu nda bertudung. Lepas tu lelaki tu macam rare semacam ja aku tengok. What i am goin to say now is, susah mo percaya golongan sedemikian walaupun dorang jual nama untuk anak yatim misalnya. Bukan nda mau bantu, cuma sekarang ni kan banyak betul penipuan. Konon nya guna nama anak yatim or what else untuk raih simpati dan mengambil kesempatan.


Sigh.


Bukan nda mau bantu. Cuma kurang percaya. Identiti anak anak muda yang minta derma dan hulur hanya sekeping nota kecik bukan ja bikin orang takut, bikin orang musykil juga. Masyarakat sekarang bijak menilai suda. Simpati kurang. Jadi, bila kau datang, cuma cakap 'ini untuk derma anak yatim' sembilan dari sepuluh orang mesti bertanya, rumah anak yatim mana? Bahagian mana? Bla bla bla .. kan?

Lepastu muka senyum senyum. Semacam memang nda paham apa ditanya.


Kalau golongan muda itu tadi memang benar mengumpul derma anak yatim, alhamdulillah, masih wujud golongan muda yang prihatin. Tapi kalau sebaliknya, mudahan dibagi petunjuk dibagi kekuatan untuk bekerja dan memperoleh wang ringit dari hasil keringat masin sendiri. Hm tu saja la untuk malam ni. Siyes sangaits hakak ye dak? Hahahaaha



Selamat malam readers.



Friday, January 6, 2017

Job


A wonderful friday today. The first friday of this year. Hari ini diakhiri dengan hujan renyai renyai di kawasan Tawau. Sudah berhari hari hujan di bumi Tawau yang permai ini.


Tomorrow is the day tht ive been waiting for. Esok hari aku interview kerja kembali. Memandangkan aku sedang tunggu result SPM march nanti, ndalah juga aku mau tinggal macam kingkong di rumah ja makan tidur makan tidur. Aku sudah biasa sibuk sudah biasa pagi kerja then malam baru balik. Balik rumah pun nanti urus makan, urus rumah then lelap. That is ma world akceli. Hahahaha


Hopefully esok hari yang seperti aku harapkan. Since october last year i quit ma job lepas tu ulang alik dari Tawau ke kinabatangan lepastu ke Tongod, Telupid. Lepas tu balik pigi Paris. Lepastu balik lagi ke Tawau. Esok balik lagi ke Paris. Haaa macam tulah sampailah kemarin. Hm im start missin ma mmy. :(


Budak perempuan macam aku yang sudah meningkat 'remaja' (sila muntah hijau okay) mestilah banyak benda mau dibeli dengan wang ringgit sendiri. And yes, aku jenis yang memang nda mau susahkan macik aku. Sejak aku kecik lagi aku nda pernah minta duit dengan dia. Tebalikan, dia yang bagi aku. Bila dia tanya do i hv a money? Aku hanya anggukkan saja. Bila pigi bandar dia tanya, do i wnt to buy something? Aku gelengkan kepala.



Yes. I wnt to buy something macik. Not something, but everything wif ma own money. :) and yes, girl nowadays banyak bazir duit berbanding lelaki. Oh men. Girls u shud admit tht.

Fo example, baju. Kan? Pakaian lelaki sikit. Baju, jeans, dan seluar kecik hahahah. Woman? Pft baju, jeans, tudung, inner, seluar kecik baju kecik, and ol of those skincare bla bla bla hahahahahaa --'


Aku sedang mendaki gunung dengan menggunakan 'tali' aku sendiri. Hopefully aku sampai di puncak nanti dan berjaya kelak dan ofkos akan bahagiakan orang-orang yang paling aku cintai di dunia, ma macik, mmy, and ol of ma femly. Oh guys i lap mata iols banyak habuk. Hahahaha taching letteww



Ahh aku lapar. Sampai jumpa lagi. Daa




Wednesday, January 4, 2017

Bulb




Masih belum terlambat untuk cakap oh selamat tahun baru kepada semua warga bumi. Merentasi tahun baru 2017 ini agak agaknya semakin banyak harapan dan prediksi di hari hari mendatang.

Aku? Masih berfoya foya menghabiskan waktu yang masih tersisa sebelum berkomitmen lagi untuk bekerja 28jam sehari. Hahahaha


To all of ma readers out there, semoga tahun baru ini lebih bermakna dan beroleh keberkatan hidup agar dapat merealisasikan setiap cita cita yang sudah lama terkubur rapi. Aku bukanlah melupakan sosok 'buku' ini yang tiap kali aku buka dan catat setiap satu detik hidup yang aku lalui, wether itu susah atau senang sekalipun.


Tapi oleh kerana setiap kali membukanya, aku mesti kehilangan nyalaan mentol di kepala dan aku mesti berfikir yang ohh lupakan saja. Lepastu, bila i have an idea in a short while, mesti aku tengah dalam kondisi yang tidak membolehkan aku menyentuh gadgetku ini.



Ulang alik ke tempat ibunda tercinta selama sebulan yang lalu kerap kali membuatkan sahabat handai sering bertanya, hei u bila balek? Balek nanti lepak jom? And once aku sampai di kampung tercinta kembali, aku hanya mendengar bunyi cengkerik semata mata. Oh akulah cengkerik itu.


Esok, aku akan pulang ke Tawau lagi, bandarku yang penuh lampu neon dikala malam menjelma. Bandarku yang menjadi saksi bila hujan turun dan aku basah kuyup. Bandarku yang semakin hari semakin banyak perubahan yang ketara. Sana bangunan sini bangunan. Sana tempat shopping dan situ padang bola. Hahahahaa


So lepasni, rajinrajin kan lah buka buku okay?


Tashabar tunggu tiba hari esok. Ahh aku sudah merindui Tawau. Mata mohon cepat lelap. Haha gebai!