Thursday, June 28, 2018

Pecah




Perempuan.

Perempuan dianugerahi satu firasat yang kuat tersemat di dalam sebijik hati kecil dan peratusan kebarangkalian benda itu betul adalah 99.9%. Sangat hampir. Bersyukurlah wahai gigirl out there kita memilikinya. Firasat ketepatan pendek kata mak mak punya feeling. Haha



For almost one week aku tidak mempunyai data. Ahh hidup umpama hutan. Hutan yang ada tv 42inci. Hm. Sunyi tapi sedikit terhibur oleh gegaran suara para penyokong Jerman yang kalah semalam. Its sokay guys. Boleh try next 4years. Aku? Nope. Aku Spain.


Untuk mengisi masa kosong aku, aku gigih siapkan baju sekolah anak buah aku dua pasang. Dengan berbekalkan handsfree, aku mendengar lagu sambil menjahit, tapi, hati aku kusut. Kenapa ya?


Tidak sedap hati. Seperti aku dapat rasa something fishy. Ahh balik balik rasa begitu balikbalik rasa hijau. Bilalah rasa merah jambu.


Lepas habis menjahit, aku nekad untuk pinjam wifi macik aku. Aku mesti memeriksa sesuatu. Dan.


Ahah. Apa yang dari tadi aku rasa hijau tu memang betul terjadi. Aku sedih lagi. Kenapa ya? Aku tanya. Aku jawab. Aku tanya lagi. Aku gila sudah.


Biarlah. Aku bukan rugi. Dia yang rugi.




Bye guys. #hatipecah





Monday, June 18, 2018

Happy raya


Assalamualaikum hey guys!

Hows ur eid this year? Mine? Syukur Alhamdulillah masih dapat merayakan Syawal dengan gembira gemburi bersama keluarga tercinta. Tahun ini rasanya raya lain macam. Dari segi apa tu lain macam? Dari segi rasa, bentuk, dan keterujaan. Cie


Ada sesetengah orang merasa raya tahun ini suam pun tiada. Hangat apa lagi lah, jauh betul tiada dirasa. Tapi bagi aku, raya tahun ini amat bermakna. Sebab, adik aku ada. Walaupun beliau tiada. Seluruh keluarga aku yang ada di Tawau ni bekumpul masa raya. Aku sangat gembira.

Kenapa aku rasa aku menulis macam budak tadika? Hahahahaa


Tawau? Masih permai dan tidak dapat dipisahkan dengan panas terik yang bilang orang melekat sampai bewap kau punya kulit. Hahaha macam kena stim bilang. Bukan tawau kalau nda panas bosku bosnya.


Sebenarnya banyak betul mau diabadikan apalagi mau dikongsi to all of u guys. Tapi sekarang aku belum dapat masa yang betulbetul menulis punya masa. Sekarang aku tengah duduk sambil minum satu tin sprite, makan roti 2.80sen dalam kedai roti. Nyaman. Kejap lagilah baru berfikir mau balik.


Lusa, masa untuk kembali bekerja. Sigh. Selamat bekerja kembali wahai diriku. Cuti raya nda lama lagi habis. Tolong jangan berangan mahu cuti lagi. Sudah sudahla tu. Hahhahaah. Jadi, nanti lagilah kan. Okay bye guys!




Thursday, June 7, 2018

7+


Kurang seminggu lebih lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia. Kepada yang masih bertungkus lumus menyiapkan kuih raya, wish u all the best guys. Haha selamat menikmati sakit belakang dan sakit mata beurat sebab nda cukup tidur.


Beberapa hari yang lalu, usiaku sudahpun genap 23tahun. Satu angka yang besar. Haha. Pulohan. Hm. Apa yang kau harapkan pada tahun ini wahai diriku?


Sungguh, 4hb June yang lalu merupakan hari yang terindah bagiku. Penuh riang tawa. Aku syukur. Syukur tuhan. Aku miliki sahabat sahabat yang baik(baik macam jin) yang sememangnya nda lari dari menghancurkan diriku yang sekeping ini. Hahaha Walau tiada kek berlilin, walau tiada belon berwarna warni, walau tiada kad romantis, walau tiada bunga dan bungi, hanya ada tepung, air berwarna, hanya ada telur, aku bahagia. Terima kasih sahabat.


Syukur juga aku miliki seorang macik yang melucukan. Hahaa dia ingat juga hari lahir anaknya ini. Syukur juga aku miliki kekasih hati yang bagiku seperti doraemon yang sering menjaga nobitanya. Tapi aku bukan nobita. Bukan juga sizuka. Aku sunio. Hhaha piwit. Sunio hidung panjang haahahhaa


Aura hari raya semakin terasa. Tapi baju raya tak kunjung tiba. Kerana belum gaji ba. Tapi tak apa. Kalau gajian nanti kita beli tiga. Semua warna merah. :p


Bila ada tanya. Kenapa merah? Sebab aku benci merah. Sebab tu kenapa merah. Sebab benci. Memandangkan kulitku sekarang ibarat timor yang sudah kena sakit kulit yang kronik, haa jadi ngam betul lah suda tu warna. Merecik hawau ndei wkakaka



Okayla guys. Esok aku apdet lagi. Seeya



Tuesday, May 1, 2018

14th




Road to 14th.



1st April.

Kalendar baru. Bulan baru. April? Aku cuba mengingati setiap detik dan peristiwa yang terjadi pada tahun lalu. Oh. April bulan istimewa.


2nd April.

Berfikir dalam bilik sambil menghirup segelas air pisang yang lezat, aku berfikir, hm apa agaknya yang boleh aku beri? Yang boleh aku buat untuknya di hari istimewanya? Masih berfikir dan berfikir dan..


3rd April.

Aku mengambil keputusan untuk memberinya sebuah album pada harijadinya. Aku mula bersengkang mata, edit gambar satu persatu. Buat itu buat ini, sematamata ingin melihatnya tersenyum gembira.


5th April.

Aku submit order. Berharap akan sampai tepat pada waktunya.



12th April.

Mmy sakit. Aku bergegas ke Kinabatangan melawat ibu tercinta. Meninggalkan seketika Tawau yang manis dan indah. Semoga berakhir tepat pada waktunya.


14th April.
Jangkaan meleset. Tuhan mengatur segalanya. Biarlah aku dikecam dan dilabel sebagai kawan tak guna. Tak mengapa.


1stMay.
Semua sudah ku jelaskan. Sebenarnya aku tidak lupa. Lega kerana kau mengetahuinya. Selamat hari jadi sayang. Walaupun lambat, itukan hanya tempoh masa.



Dear sahabat dunia akhirat,
Selamat ulang tahun aku ucapkan. Aku baca setiap luahan isi hatimu pada hari ulang tahunmu. Aku kesal tidak dapat menjadikan hari itu hari yang terindah pada tahunmu. Tetapi mengertilah, setiap ulang tahun yang kau tempuhi menjadikan kau seorang insan yang tidak kisah akan sambutan ala meriah itu. Kau tahu siapa yang mengingatimu.


Selamat ulang tahun sekali lagi. Aku sayang lillahi taala.



Yang benar, suelieya.



Wednesday, March 21, 2018

Suelieya




Aku ada ramai kawan. Ramai ging kuncu ramai member ramai partner. Tapi hanya seorang sahabat bagiku. Keluarga. Saudari. Apa lagi kata yang dapat aku beri untuk gambarkan seberapa besar skala aku menyayangi gadis itu?

Tiada satu pun.

Ku kira kau lupa detik itu. Haha. Apalagi aku. Mestilah aku ingat detik pertama aku bertanya padamu masa kita tingkatan satu dulu. Aku syorkan bangku sebelahku yang kosong. Dan kau sudi. Dan kita saling melengkapi semenjak waktu dulu.

Terkadang aku berfikir juga. Walaupun kau tua setahun dariku, tetap aku yang jadi kakak. Kan? Mungkin mukakku tua atau gigiku besar? Ataupun aku tinggi sikkiiiiit? Hahahaha

Sebab bagiku kau lemah. Kuat lemah. Aku pun kadang lemah juga. Tapi kalau aku lemah, siapa yang kasi kuat kau? Ndakan samasama membagi kuat? Hahahaaa betagap kita kau mau?

Aku hargai semua detikdetik berharga semua detik masam manis becuka detik ketawa bahkan nangis juga. Semua. Aku sering ego. Ya aku tau. Aku keras kepala. Hati pun keras. Tetapi aku sayang. Walaupun aku jarang mengaku aku merinduimu saudariku. Aku selalu perati kau dari nunnnnn sana. Haha aku perati je budak ni. Perati je.

Kau juga pandai menyamari kesedihan mu dengan sekeping gambar beserta kapsyen yang indah khabar dari rupa bukan? Tapi aku sorang saja yang tidak boleh kau tipu bulatbulat. Kalau segiempat mungkin boleh.

Siapa lagi yang mengenaliku dari A sampai Z kalau bukan dirimu. Aku sendiri tidak mengenali diriku terkadang.

Jangan bosan bila aku selalu bercerita mengenai hal yang sama. Keluhan sama setiap masa. Jangan bosan bila aku berkata ahh aku tidak merinduimu pun. Jangan makan hati bila aku sering memakdalkanmu dengan katakataku yang terkadang lupa otak ku tapis. Jangan sedih bila kau belum jumpa someone lagi. Aku ada untukmu walau kita sama jantina.

‘Jangan bimbang sayang kita harungi bersama. Berdua selamanya.’

Sweet potong kaki kan?



Yang benar,

Orang yang selalu gembira bila kau bahagia mendapat bunga, Suelieya.

Wednesday, March 7, 2018

Selamat jalan kekasih





Hati kecilku berkata, ‘ah aku ingin kembali pada masa dulu. Tahun 2014 khususnya.’ Masa tu hadir sebuah skuter yang bagiku ibarat saudara kandungku. Aku sayang. Sungguh sayang. Sukar disukat.

Dalam sebuah pertemuan mesti ada perpisahan. Walaupun tidak tahu bila datang saat perpisahan itu. Semalam merupakan hari terakhir aku bersama Junjun, skuter aku. Sempat aku rakam satu video berdurasi kurang seminit, hanya untuk aku lihat kembali bila saja kita berpisah kelak.

Hari ini, aku melihat Junjun bersama tuan barunya. Sedih hati. Terbayang masa susah senang jatuh parit bersamanya. Semoga bahagia bersama tuan baru sayang.

Hanya gambar pengubat rindu. Hanya gambar penggantimu. Rezeki sudah ditetapkan wahai menit. Sabarlah selalu. :’)

Thursday, February 22, 2018

Sukat



Kepenatan aku pada hari ini tidak seperti hari hari yang lalu. Hari ini, aku tersangatlah penat. Pun sedikit emosi juga.

Aku hanya manusia biasa yang selalu merasa penat setelah bekerja, ketawa bila gembira, nangis bila bersedih dan emosi bila sakit hati. Manusia. Tiada sempurna.

Bila saja aku dinaikkan seinci pangkat di tempat kerja walaupun aku masih bergelar budak baru mau up, aku terus berdepan dengan toge togean yang bikin telinga aku sumbing bila mendengarnya.


Sedihnya.

Benarlah kata orang. Susah untuk puaskan hati semua orang. Misalnya aku ada banyak kawan dari A sampai Z. Kadang aku bagi gulagula sama B, C pula cemburu lalu berkata kepada J yang aku pilih kasih. Lepastu A pun mula membenciku begitu juga dengan X. Guys, paham maksud aku?

Aku hanya seorang individu biasa. Orang biasa. Kadangkadang rasa tertekan juga sebab kebanyakan orang di sekeliling ku mahukan perhatian yang sama. Walaupun sudah mencuba sehabis baik tetap ada sikit sisi lain yang kurang cantik.



Jadi berbanggalah jadi seorang manusia yang serba kekurangan. Macam aku.

Till ma next entry. Bye guys.

Sunday, February 18, 2018

Telinga





Feelin so dumb so numb tumb bumb since ma last entri in ma blog. Bila aku tengok tarikh, 19th January. Punya lamaa. Hai.. apa nak jadi apa nak jadi.

Dengan waktu yang berbekalkan sepuluh minit lagi aku mau mandi ni sebab al maklumlah bagi orang lain hari ni hari yang indah sebab mungkin semua cuti kongsipacai tapi bagi aku, kurang indah sikit sebab kerjalah. Aku kerja harini. Tapi bila dibandingkan dengan tinggal rumah atau kerja harini, bagus lagi aku kerja sebab kalau aku stay rumah kemungkinan besar telinga aku akan bedarah dengar macik aku membebel 300km/j.

Kemarin, adik kawan aku datang ke tempat kerja bawa kuih. Budak perempuan tu berusia 5tahun macam. Dengan beg plastik berisi kuih donut dan apam, gigihnya dia mencari kelibat sang kakak yang tekun bekerja. Bila aku amati, tiba tiba muka budak tu betukar jadi muka adik perempuan aku. Automatik aku rasa semacam aku yang dibawakan kuih.

Mungkin masa tu tuhan mau jentik hati aku sikit untuk rasa rindu sama adikku. Akceli bukan sikit, aku rindu banyak. Sampaikan aku sebak dan mataku berair melihat adik dan kakak itu. Dalam hatiku befikir, apalah yang adikku buat sekarang ni disana. Sudah makan ka? Sihat ka? Hm.


Tapi aku bukan jenis budak perempuan yang cengeng. Kalau emosi, eya, aku jenis emosi. Hahahaha. Ego pun eya. Aih semua sama aku.

Nda sedar sudah pertengahan bulan Feb. Laju betul masa nda terkira. Laju masa boleh fight laju macik aku membebel. Dengan berbekalkan kekebalan yang semakin superb kedebas selama 21tahun aku tinggal dengan dia, telinga aku tidak lagi mengeluarkan nanah. Hahaha. Hanya serpihan ‘auch’ terasa di kolbu ketika dia bercakap mengenai isu yang sensitif bagiku.


Malam nanti aku tulis entri lagi. Bye guys.

Friday, January 19, 2018

Doa kerdil.





Sigh.


Hidup dirumah sendiri. Rumahku syurgaku tetapi bagaikan anak tiri. Aku ulang. Ya, anak tiri. Seumpama cinderella dengan dua orang kakak tiri yang jahat.


Rasa penat terasa berpuluh kali ganda bila kau balik kerja habis dari overtime lepastu badan kau memang berstatuskan nenek sakit gout, dan kau disambut dengan bebelan dan marahan yang tiba tiba menjadi santapan halwa telinga. Kasihan sungguh diriku.



Tapi kenapa, bukan aku saja yang bersalah tetapi anak buahku itu juga, tapi kenapa, kenapa aku saja yang dimarah, dibebel, diteriak sebegitu rupa. Demi menahan emosiku yang aku tidak tahu bila akan meletup juga, aku rela mengasingkan diri di bilikku yang tercinta.


Waktu mencecah sembilan malam. Aku terdengar gelak ketawa di luar. Oh. Mereka sedang menikmati lawak Nabil di tv. Cemburu rasa hati. Mahu menangis pun ada. Tuhanku, hilangkanlah rasa cemburu ini yang sebati dari diriku sejak zaman aku mengenali dunia lagi.


Bapaku, aku amat merinduimu ketika ini. Sungguh bapaku, aku sama sekali tidak menyalahkanmu atas apa yang berlaku. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku memelukmu dan kata padamu aku sangat merinduimu bapaku. Walaupun realitinya, jarak kita begitu jauh yang tidak memungkinkan aku kesana.


Semoga hati ini akan kekal kebal selamanya.


Suraya.



Friday, January 12, 2018

kemana hilangnya minda





Satu lagi malam sepi yang menerpa kerana ketiadaan internet yang mencukupi. Haha. Malam sepi dimana aku masih terdengar suara mesin jahit aku terngiangngiang di telinga kecilku ini.


Kondisi tubuh ketika ini sangatlah lesu dan tidak bermaya. Sangat penat dek mencari rezeki yang penuh dengan titis titis keringat masin yang semakin dewasa.

Ahad saja syurga. Bagi para pekerja keras semacam aku ahadlah segalanya.

Entah kenapa tibatiba ndatau mau cakap apa. Semua hilang tiba tiba.

Bye guys.





Latepost 11/01/18 9:34PM

Thursday, January 4, 2018

Beningging yg indah





Assalamualaikum hey guys!


Sedikit mentransfer tenaga positif malam ini. Amboi happy nampak? Tidaklah happy sistur. Tapi sedikit syukur alhamdulillah aku senyum hari ini bagi mengucapkan ohh selamat datang wahai 2018. Welcome yo.



Petang tadi aku nekad berjalan sendiri. Pergi ke bandar hanya dengan satu tujuan. Pergi abc mamak haji (gerai pebret aku akceli) lepastu aku tapau neslo sebungkus. Oleh kerana banyak betul dak dak hispter duk makan disitu. Eyala hari cuti bah. Hahaha aku pun segan seribu kali punya segan mau duduk situ minum. Sendiri pula tu. Hahhahahaa dicakap nanti forever alone. Wkakaakaka



Jadi lepas tapau neslo, aku bejalan cari port di highway. Petang indah jam4 angin tidaklah kuat hanya sepoi sepoi bahasa saja. Matahari tidaklah terik seterik kemarin. Sekadar menerangi hometown aku dengan warna jingganya yang indah.



Aku duduk bersila sambil menikmati neslo aku. Melihat kapal kecil yang berlabuh. Akceli itu kapal ikan. Aku kira kesemuanya. Ada 24begitu banyaknya. Pejam mata. Hirup neslo. Bernafas. Buka mata. Aduh. Tenangnya.



Mungkin aku seorang gadis satu dalam sepuluh yang selalu berjalan sendiri. Makan sendiri. Wayang sendiri. Lepak sendiri. Kupi kupi sendiri. Tidaklah pelik mana aku rasa. Tapi kenapa semua kawankawan aku berkata, ‘wei kau ndak gila kah bejalan sendiri? Punya bosan tu’


Hahahaha aku ketawa.


Segelintir memahami apa yang aku rasa. Kadang kadang kita perlu masa untuk sendiri dan berfikir dengan tenangnya. Melihat indahnya alam ciptaan yang maha kuasa betapa menyedarkan kau tentang kau patut bersyukur. Selalu bersyukur. Haha.


Aku hanya seorang gadis biasa. Memakai seluar slack hitam baju hijau lumut paras lutut lepastu belapiskan jaket jeans yang aku beli dekat bundle. Tudung bawal dengan aku memang nda dapat dipisahkan. Spek lonjong aku melengkapkan ciri khas budak nerd aku. Wakaka. Dan kasut converse hitam high cut yang sudah pun mau mencecah satu tahun aku guna. Selesa.


Aku berjalan ke kiri. Ke kanan. Mencari satu tempat nyaman tanpa ada suara bising kalau boleh. Haha. Berbekalkan duit di tangan yang cukup cukup untuk tambang pulang balik dan beli neslo sebungkus suda cukup buat aku bahagia. Lepas dari rumah yang penuh dengan bisuan semata. Huhu



Tanpa sedar, aku balik sambil bernyanyi. Dalam hati, ‘lega juga rasanya’.

Lega walau sendiri.


Latepost. 1/1/18 8:45PM