Monday, June 18, 2018

Happy raya


Assalamualaikum hey guys!

Hows ur eid this year? Mine? Syukur Alhamdulillah masih dapat merayakan Syawal dengan gembira gemburi bersama keluarga tercinta. Tahun ini rasanya raya lain macam. Dari segi apa tu lain macam? Dari segi rasa, bentuk, dan keterujaan. Cie


Ada sesetengah orang merasa raya tahun ini suam pun tiada. Hangat apa lagi lah, jauh betul tiada dirasa. Tapi bagi aku, raya tahun ini amat bermakna. Sebab, adik aku ada. Walaupun beliau tiada. Seluruh keluarga aku yang ada di Tawau ni bekumpul masa raya. Aku sangat gembira.

Kenapa aku rasa aku menulis macam budak tadika? Hahahahaa


Tawau? Masih permai dan tidak dapat dipisahkan dengan panas terik yang bilang orang melekat sampai bewap kau punya kulit. Hahaha macam kena stim bilang. Bukan tawau kalau nda panas bosku bosnya.


Sebenarnya banyak betul mau diabadikan apalagi mau dikongsi to all of u guys. Tapi sekarang aku belum dapat masa yang betulbetul menulis punya masa. Sekarang aku tengah duduk sambil minum satu tin sprite, makan roti 2.80sen dalam kedai roti. Nyaman. Kejap lagilah baru berfikir mau balik.


Lusa, masa untuk kembali bekerja. Sigh. Selamat bekerja kembali wahai diriku. Cuti raya nda lama lagi habis. Tolong jangan berangan mahu cuti lagi. Sudah sudahla tu. Hahhahaah. Jadi, nanti lagilah kan. Okay bye guys!




No comments:

Post a Comment