Tuesday, May 1, 2018

14th




Road to 14th.



1st April.

Kalendar baru. Bulan baru. April? Aku cuba mengingati setiap detik dan peristiwa yang terjadi pada tahun lalu. Oh. April bulan istimewa.


2nd April.

Berfikir dalam bilik sambil menghirup segelas air pisang yang lezat, aku berfikir, hm apa agaknya yang boleh aku beri? Yang boleh aku buat untuknya di hari istimewanya? Masih berfikir dan berfikir dan..


3rd April.

Aku mengambil keputusan untuk memberinya sebuah album pada harijadinya. Aku mula bersengkang mata, edit gambar satu persatu. Buat itu buat ini, sematamata ingin melihatnya tersenyum gembira.


5th April.

Aku submit order. Berharap akan sampai tepat pada waktunya.



12th April.

Mmy sakit. Aku bergegas ke Kinabatangan melawat ibu tercinta. Meninggalkan seketika Tawau yang manis dan indah. Semoga berakhir tepat pada waktunya.


14th April.
Jangkaan meleset. Tuhan mengatur segalanya. Biarlah aku dikecam dan dilabel sebagai kawan tak guna. Tak mengapa.


1stMay.
Semua sudah ku jelaskan. Sebenarnya aku tidak lupa. Lega kerana kau mengetahuinya. Selamat hari jadi sayang. Walaupun lambat, itukan hanya tempoh masa.



Dear sahabat dunia akhirat,
Selamat ulang tahun aku ucapkan. Aku baca setiap luahan isi hatimu pada hari ulang tahunmu. Aku kesal tidak dapat menjadikan hari itu hari yang terindah pada tahunmu. Tetapi mengertilah, setiap ulang tahun yang kau tempuhi menjadikan kau seorang insan yang tidak kisah akan sambutan ala meriah itu. Kau tahu siapa yang mengingatimu.


Selamat ulang tahun sekali lagi. Aku sayang lillahi taala.



Yang benar, suelieya.