Sigh.
Hidup dirumah sendiri. Rumahku syurgaku tetapi bagaikan anak tiri. Aku ulang. Ya, anak tiri. Seumpama cinderella dengan dua orang kakak tiri yang jahat.
Rasa penat terasa berpuluh kali ganda bila kau balik kerja habis dari overtime lepastu badan kau memang berstatuskan nenek sakit gout, dan kau disambut dengan bebelan dan marahan yang tiba tiba menjadi santapan halwa telinga. Kasihan sungguh diriku.
Tapi kenapa, bukan aku saja yang bersalah tetapi anak buahku itu juga, tapi kenapa, kenapa aku saja yang dimarah, dibebel, diteriak sebegitu rupa. Demi menahan emosiku yang aku tidak tahu bila akan meletup juga, aku rela mengasingkan diri di bilikku yang tercinta.
Waktu mencecah sembilan malam. Aku terdengar gelak ketawa di luar. Oh. Mereka sedang menikmati lawak Nabil di tv. Cemburu rasa hati. Mahu menangis pun ada. Tuhanku, hilangkanlah rasa cemburu ini yang sebati dari diriku sejak zaman aku mengenali dunia lagi.
Bapaku, aku amat merinduimu ketika ini. Sungguh bapaku, aku sama sekali tidak menyalahkanmu atas apa yang berlaku. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku memelukmu dan kata padamu aku sangat merinduimu bapaku. Walaupun realitinya, jarak kita begitu jauh yang tidak memungkinkan aku kesana.
Semoga hati ini akan kekal kebal selamanya.
Suraya.

No comments:
Post a Comment