Wednesday, April 22, 2020

Sesal




Pejam mata. Buka balik. Pejam lagi. Berfikir. Dan buka mata balik. 


Apa yang jadi tadi betulbetul terjadi. Bukan mimpi bukan mengigau, bukan tidur, bukan mengkhayal, tapi betulbetul terjadi. 



Aku gaduh lagi untuk kesekian kalinya dengan macik aku. Tapi kali ni, boleh aku kategorikan sebagai yang paling dahsyat. Terdahsyat. Dahsyatest. Hm.



Im 25y/old. Aku cukup matang untuk cuba kawal emosi aku yang seluas kebun sawit. Hm. Tapi aku juga cukup noob dan bodoh untuk dikalahkan oleh keras kepala sendiri. Keras otak keras hati. Bila marah befikir mau menang saja. Bila marah befikir apa yang mulut mau sampaikan apa yang mau dicakap apa mau dikasi dengar orang lain. Tidak befikir panjang. Hm.



Segala kepedihan yang disimpan bertahuntahun akhirnya terungkap. Menjawab semua teka teki yang kerap kali bermain menghiasi harihariku yang suram. Aku hanya nangis. Duduk di tepi katil aku sambil mengenang semua halhal indah sepanjang aku bergelar seorang manusia. 



Aku menyesali setiap apa yang pernah aku lakukan. Menyesali setiap perkataan yang keluar yang sedikitpun tidak terselit dalam nawaitu. Menyesali setiap perbuatan yang mungkin tanpa aku sedar menghiris hati kecil wanita yang amat aku cintai sejak dulu. 


Bersyukur kerana dikelilingi oleh insaninsan yang positif. Seringkali mengingatkan diriku yang alpa untuk tidak melakukan hal bodoh yang mungkin akan membuatkan keadaan jadi bertambah parah. Setiap nasihat dan teguran aku hargai. Sangat hargai. 



Kalau. Kalau adalah satu perkataan yang akan terdetik di hati secara tiba tiba. ‘Kalau’ bersahabat baik dengan ‘kenapa’. Kalau begitu kalau begini kenapa begitu kenapa bukan begini. Jangan guna selalu. Boleh merosakkan akal yang sihat dan boleh meracun sedikit demi sedikit. Mematikan dalam diam. Hmm



Wahai diriku, hidup ni indah. Semua hal yang datang dan terjadi semua bersebab. Yang derita, anggaplah ujian. Yang bahagia, anggaplah peringatan. Hilangkan rasa cemburu yang bersembunyi senyapsenyap di hatimu. Bila melihat sesuatu yang lebih bernasib baik darimu, jangan bersedih, tersenyumlah dan berdoa. Mendoakan. Berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa berdoa untuk orang lain. Sentiasa berbuat baik. Berfikiran baik. Jaga hati jangan sampai bertukar warna. 



Yang dikhuatiri, bertukar ke hitam.





‘Yakinlah ada sesuatu yang menantimu setelah sekian banyak kesabaran yang kau jalani, yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit.’




No comments:

Post a Comment