Apa kabar kalian di alam maya yang satu ini? Hai guys. How are you?
Aku masih ada masih wujud masih sihat masih macam dulu tapi otak ada sedikit beku. Kadang kadang cair, tapi bila saja dia cair, masa aku pulak beku. Akibat kekangan masa, i dnt have enough time to write on ma lovely blog. Ma fav place to share some story of my life since 2k11.
Its been nine years oredi guys. Can u imagine that?
Dunia sekarang dalam dilema ncovid yang hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui. Kita hamba. Semoga semuanya akan pulih secepat mungkin dengan izinnya. Amin ya rabb :’)
2.40am.
Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Insomnia. Entah kenapa. Mungkin, seluruh organ badan secara serentak mengalami denyutan yang sama. Hm aku tipu. Hati aku yang sakit sebenarnya.
Guys, akhirnya aku lepas juga. Lepas lima tahun, akhirnya aku putus asa juga. Aku undur aku mengalah aku dikalahkan, aku memilih untuk meninggalkan, memilih untuk melepaskan,memilih untuk menghadapi lagi sekali proses kematangan diri yang semua orang akui ia tersangatlah rumit dan berjelajela. Kusut masai.
Kenapa? Kenapa perlu begini jauh, baru mahu meletakkan tangan di tanah? Kenapa?
Entah. Kadangkadang bila kita sudah penat akan sesuatu, dan merasakan ianya tidak senyaman dulu, kita lebih memilih untuk berhenti saja. Simple mcm donut hm.
Dan kenapa, lepas aku pilih jalan yang kelabu ini, aku tidak sedih tidak meroyan bahkan tidak mengeluarkan air mata langsung. Oh mungkin rasa itu sudah bertukar kelabu sejak dulu lagi cuma aku masih tidak menyedarinya. Aku rabun. Rabun dengan keadaan sekeliling yang selalu saja cuba untuk mengelirukan jiwa aku yang macam bola disko ini. Berwarna warni. Hmm
Kepada kamu, ya kamu, since 5years ago, aku merasakan akulah budak perempuan yang amat beruntung sebab berjumpa denganmu. Aku minta maaf, tolong jangan bermusuh, jangan ada setitik dendam dihati kecil, walau dulu aku pernah berjanji untuk tidak meninggalkan. Kita sama sama dewasa dan cukup matang untuk faham keadaan yang sebegini. Sama sama pandai mencari ruang dan ubat lepastu pelan pelan berusaha mengubati segala calar balar itu sedikit demi sedikit. Ini takdir. Redha. Ikhlas. Memaafkan. Senyum. Ini bukan pengakhiran. Jangan bersedih. Hm.
Jangan bersedih. Tetap tersenyum dan kutip kembali kepingan hatimu yang sudah pecah. Cantum semula dengan teliti dengan berhatihati.
Bye guys.
Pernah tersimpan seribu harapan
dalam baitbait ucapan di hujung malam
menceritakan masa hadapan dengan angan-angan
Pernah sekali kita bercerita untuk menggapai awan
selam laut yang dalam
berlari ke puncak bukit tertinggi
sambil kau memegang tanganku
semua adalah harapan kita
Kini kau kuat menatap jauh hujung pelangi
mencari adakah bidadari yang menanti
Hingga kau mulai menghilang
Tidak di atas meja cerita
Air minum mulai dingin
kau sendiri dalam khayalan mu
adakah kau masih memikirkan masa lalu
yang penuh dengan harapan.
Ku berharap kita mencari jalan baru
untuk masa masa yang mendatang. -mat-
P/s : February

No comments:
Post a Comment