Lama benar aku mencari ruang untuk mencuri masa walaupun sesaat bagi aku menulis satu entri lagi. Sungguh masa sememangnya emas. Mahal.
Sudah lama ingin berkongsi mengenai apa yang terbuku di hati sekian lama. Tapi baru sekarang dapat bernafas bebas dapat menghirup udara segar ahh bahawasanya esok aku cuti. Hahaha
16hb yang lalu, sepatutnya menjadi hari yang indah bagi kami sekeluarga kerana hari itu merupakan hari perkahwinan salah seorang anggota keluarga yang tersayang.
Apakan daya itu hanyalah angan puspus belaka. Rupanya bertukar menjadi memori pahit sepahit peria. Sungguh tidak akan mahu mengenang masa masa kelabu itu lagi.
Mahu dijadikan cerita, kami merasa kami dipulau dalam kalangan keluarga sendiri. Niat kesana bukannya hendak mengenyangkan perut semata, tapi untuk berkongsi bahagia. Segelintir daripada mereka menyalah erti kedatangan kami semua.
Bila terasa keadaan menjadi kekok sedemikian rupa, kami sanggup membeli bakso untuk mengganti lapar yang beraja di perut. Mengapa makan bakso sedangkan majlis sedemikian rupa ada banyak makanan?
Malu.
Itu salah satu sebabnya. Bukan kami tidak bekerja dan membantu akan hal hal majlis, bukan kami datang untuk bersuka ria, kami datang hanya untuk mengerah tenaga semampunya. Tapi kenapa memulau kami seolah olah kami langsung tidak berbuat apa apa di majlis itu. Seolah olah kami hanya bergoyang kaki sahaja.
Rasa mahu balik kerumah pun ada. Walaupun kecil, tetapi nyaman macam supermarket penuh sale hujung tahun.
Bila terdiam sekejap, aku duduk sendiri diluar rumah pacik aku sambil merenung suasana majlis yang amat sibuk, aku rupanya dapat mencari perbezaan kami dengan mereka.
Kami tiada apa.
Mungkin sebab itu kami diperlakukan sedemikian rupa. Kalaulah kami datang menaiki ninja, mungkin kami dilayan seolah raja. :’)
Tak apa. Hidup macam roda.
Bye guys.

No comments:
Post a Comment