Sunday, December 31, 2017

18





Hai guys. Tahun berlalu lagi. Buku baru lagi. Tinggal beberapa jam saja lagi maka selamat tinggal 2k17 yang penuh gelora. Hahaha

Sinopsis tahun ini, hm lemme remember all of the memories,


Januari hingga June aku bekerja. Lepas June aku berhenti. Julai until September aku tinggal saja dirumah menjadi suri rumah sepenuh masa. Oktober until Dec alhamdulillah bekerja kembali.

Kalau dikategorikan sebagai deria rasa, tahun ini boleh aku katakan masam. Hahahahahaha kenapa masam? Pasal kurang manis semestinya.

Too many problems yang datang bertalu talu, lepas satu satu, tapi mungkin untuk mematangkan diri aku yang masih berjiwa kebudak budakan ini. And yes welcammm 23 next year. Matangnya usia itu. Hahahaha


Alhamdulillah kucing sudah menjangkau sepuluh ekor. Baru baru saja bekurang menjadi sembilan sebab satu ekor sudah mati kemarin. :’) rip acai.


Sedang cuba untuk menjadi seorang ‘mama’ yang baik dan berdedikasi kepada kesemua kucing kucingku. Mama sayang semua.

Azam? Naa takpayah bahas pasal azam. Azam tu hanya anganangan semata mata. Bagi yang berkomitmen, mungkin boleh menjelma. Bagi yang hanya mempamer di social media saja itu hanyalah bualan kosong semata.


Pendek dan ringkas. Moga solat penuh tak tinggal.

Diriku bukanlah ustazah bahkan jauh sekali dari gelaran yang menggambarkan bahawasanya seseorang itu memiliki iman yang tinggi bak Gunung Everest, tapi aku hanyalah insan biasa yang ingin memperbaiki diri dari baik kepada yang lebih baik.

Itu sahaja yang aku ingin jaga. Selain menjaga makcik aku semestinya. Selain menjadi seorang manusia yang berguna untuknya. Selain menjadi sahabat yang superb bagi cik Lia Fahriana khususnya. Selain menjadi mama kucing yang penyayang. Selain menjadi pekerja yang tidak mengeluh. Selain menjadi seorang menik yang happy go lucky.



Sehingga itu, selamat tahun baru.



No comments:

Post a Comment