Cuaca hari ni tidaklah seredup hatiku yang kelabu. Jiwaku yang telah lama menari dan bernyanyi girang walhal sebaliknya sedang bersedih dan terluka dari hari ke hari.
Bila ditanya jauh di sudut hati, nun jauh di kolbu sis yang berwarna merah jambu dan kadangkadang berwarna kuning, sis sebenarnya keliru juga dengan apa yang sis rasa di setiap waktu yang berjalan. Mungkin kata orang inilah yang dipanggil proses. Proses mengenal mungkin?
‘Kenal apa. Sudah menjangkau satu tempoh masa yang cukup untuk kau mengenalinya setiap sudut’ kata hati satu
‘Sebenarnya. Kau malas sudah kan. Tapi kau sendiri nda boleh mengaku kau malas. Kau rajinkan saja.’ Lagi satu hati kecilku berkata.
Sekarang sudah memasuki musim luruh. Dimana musim bunga sudahpun berlalu. Yang tinggal hanya sisa sisa kenangan manis yang dikunci rapat agar tidak hilang ditimbus sepi yang gelap.
Setiap orang memiliki ego masingmasing. Tidak kurang juga macam aku ni yang bebal tahap batu keras. Aku ego. Aku mengaku aku ada tiga juta kilogram sifat itu. Aku menunggu setiap hari untuk ego aku mengalah dengan sendirinya. Tapi semua nya percuma. Siasia. Ibarat astro yang sajikan siaran yang indah, tapi itu semua berbayar. Ahh apa yang aku cakap ni kemonnn
Rindu. Dimanakah kau bersembunyi? Selalu aku mencari, tapi sampai sekarang aku masih belum jumpa lagi. Mungkin rasa itu sudah dilenyapkan dari hati aku yang kering kemarau ini. Munculkan dirimu walaupun sekejap. Aku akan hargai sebagaimana aku hargai rasa sayang yang menyapa aku pada masa gemilang kita dahulu.
Berjuta gambar yang aku lihat seakan menyindir keadaan ku yang semakin kelabu ini. Aku juga ada gambar yang indah. Tapi kenapa gambar indah itu hanya menjadi kurang upaya? Seolaholah di setiap sudut ada cacat cela.
Tidak cukup untuk membuat aku memasangnya sebagai penghias skrin telefon pintar aku. Masakan gambar itu dikalahkan oleh kucingku yang comel gebu dan menggiurkan. Tidak aku nafikan, kesemua kucingku mempunyai aura yang besar walaupun itu bukanlah aurawhite.
Satu lagi malam yang berlalu begitu sahaja. Semoga semakin hampir dengan penghujungnya. Jika disuruh untuk memilih antara kenangan yang indah dan realiti yang manis berperisa peria, aku dengan yakin akan memilih untuk makan roti dua ringgit bersama kucingku.
Terima kasih buat nota kecil ini.

No comments:
Post a Comment