Thursday, May 18, 2017

Eyes




Orang berkata, 'berbahagialah sebelum tuhanmu menarik satu persatu nikmat itu'.


Baru baru ni aku diberi ujian. Walaupun tidaklah sebesar mana, tapi ia cukup menguji sejauh mana aku bersyukur dengan nikmat yang tuhan beri.


Mata kiri aku dijangkiti kuman entah kuman bangsa mana sampaikan benanah dan berbentuk bulat kecil. Sebenarnya dia di kelopak mata lapisan dalam.



Mulanya aku fikir oh tu mungkin benjolan biasa. Sesetengah orang hadapi situasi begitu. Tapi lama kelamaan dia makin besar, sampai tahap mengganggu penglihatan aku sikit. Rasa sakit tu memang tiada, tapi aku mula rasa tidak selesa.


Banyak alternatif aku cuba, termasuk petua orang tua tua contohnya sapukan bucu bantal tiga kali sambil selawat dan macam macam lagi aku cuba. Tapi masih sama. Semakin hari benjolan tu semakin besar.


Lepastu aku decide jumpa doktor, memandangkan ni mata weii. Mata wa cakak lu. Organ yang sangat penting. Tanpa mata fuhh gelaplah dunia.


Operation kecil pun dibuat. Dengan mengorek, menghiris dan mengeluarkan semua nanah tu dari kelopak mata aku. Perit. Haha. Lepas sudah habis, imej aku totally berubah hundred percent. Menjadi jack sparrow, hero pirates. Hm.


Dan sekarang alhamdulillah mata aku pulih sepenuhnya. Kepada semua readers, jagalah kebersihan terutama sekali tang mata. Mata ni paling berharga. Priceless. Bagi yang makeup lover tu, lepas sudah makeup pleaselah bersihkan muka sebersih bersihnya terutama part mata. Orang cakap, mencegah lebih baik daripada merawat.


Okayla thats all for tonight. Salam sayang ecece.


P/s : i excited ni uols. Excited macam mau dapat mesin jahit harga 3k hahahaha





No comments:

Post a Comment