Tuesday, May 23, 2017

Cuka




Malam ni aku ingin bercerita, mengenai kisah benar lagi nyata.


Kisah benar itu pasal apa? Pasal cinta.

Lapan daripada sepuluh orang mengalami benda yang hampir sama. Ini berlaku di sekelilingku juga.


Mula mula, mereka jatuh cinta. Semua moment rasa indah belaka. Senyum tawa gurau senda ahhh indahnya..


Secara tidak langsung ada saja kebetulan. Minat yang sama, hobi sama, fobia sama, malah makanan kegemaran juga. Itu juga manis.


Siang malam asyik teringat dia saja. Malam tidur dengan lena sebab bait bait indah kata manis pujangga. Siang bangun bersemangat bagai seorang wira. Haha



Rasa cemburu itu ada, tetapi masih tahap manis manis gula gula kapas. Dan berjalan waktu seiring masa...



Berbulan bulan lamanya, ada yang sampai bertahun tahun juga. Setiap hari ada saja yang tidak kena. Cemburu berleluasa. Bukan kerana berubah, tetapi sifat sebenar telah keluar dengan gahnya.


Hari hari yang indah sebelum ini kini kian suram masam dan cuka. Hal kecil sekecil kuman boleh jadi sebesar gajah. Kerana apa? Kerana belum matang sebenarnya..


Bagi yang berjaya, akan sampai ke destinasinya. Bagi yang berputus asa, masa untuk menutup hati dan membukanya kembali setelah berkurun lamanya..


Pft. Dari tadi hakak bermain kata kata yedak? Haha. Ini kerana kiri kanan aku mengalami situasi yang sama. Percintaan yang tragis. Prikitiu.


Tidak kisahlah adam mahupun hawa, kedua duanya terkadang tidak mahu mengalah. Hanya menangkan ego saja. Cukuplah motor bertuankan ego. Hm ego lc.


Jadi, waktu rehat aku sudah sampai. Aku modop dulu. Bye guys.





No comments:

Post a Comment