Wednesday, June 15, 2016

scarf



Hey guys. 

Selamat menempuh ramadhan yang seterusnya pada hari ini. Im fasting too. 


Lepas aku serve satu customer tadi, sampai sekarang aku rasa 'fishy'. Something yang susah mau jelas macam mana rasa dia. Ya, fishy tu la tu. Something yang susah mau jelas. Haha.


A woman. Pandu kereta hilux hitam, park depan kedai. Dia seorang wanita berpurdah. Mencari barangan untuk rumah barunya. Oh, dia suka putih, sangat suka putih. Semua barang yang dia book, semuanya kaler putih. 


Bila aku pandang dia ni kan, oh bytheway her name is masyaAllah cantik sungguh nama dia, Iraqis Galfreda Harry, dari nama macam bapa dia non muslim, eh balik cerita, bila aku pandang dia ni kan, rasa macam happy. Aku senang melihat wanita berpurdah berkasut converse hijau lumut yang sebiji macam gaya aku. Hahahaha. Dia cool. 



Matanya, hm, aku rasa tajam betul pandangan matanya sampai sampai aku menjawab harga diskaun pun gagap gagap. Hahahahaha. Nampak sekejap dia punya henfon, ada gambar baby, ohh sudah berkahwin rupanya. 


Hai kak Iraqis yang cantik. Kita baru kenal kan tadi? Rasa macam kita sudah kenal lama. Suara, mata, rasa macam sudah dekat. Dimana ya? Semoga oneday aku pun macam kak juga. Hopefully. 


Oh guys nda sedar ramadhan sudah masuk minggu kedua kan? Ada yang sudah ready buat kuih la, jahit baju la, cat rumah dan macam macam lagi. Aku? Ready untuk makan iftar nanti. Hahahahahahaha 

Bye!

Thursday, April 28, 2016

rangga


Mata kuyu. Tapi badan masih mampu lagi. Jadi? Gagah untuk menulis lagi. Hm.

Sedih. Kenapa sedih? Ntah.


Tht feeling kekadang ada sebab, tapi kadang hadir begitu saja. Seminit yang lalu kau gembira, lepas tu kau sedih semacam mahu titiskan air mata.

Sunyi. Rasa sunyi. Sedih. Sebab tidak boleh berbuat apa-apa melainkan melihatmu dari jauh saja. Menyedari akan kurangnya kepentingan diri berbanding sahabat-sahabat yang kau ada. 


Aku sekadar patung. Terlukis bibir yang tersenyum, menjadi peneman dikala kau bahagia dan gembira. Bila kau sedih, aku sama sekali tiada fungsinya. 


Kau pernah berkata, sahabat adalah segalanya bagimu. Aku faham. Sebab aku pun sama. Sahabat merupakan insan yang terpenting bagiku selepas keluarga. Semestinya lebih dari insan tercinta, kekasih. 


Aku cuba untuk menggembirakan mu dengan sepuluh ayat, kau balas sepatah. Itu pun typo. Jadi, aku nda mahu ganggu, sebab aku tahu, kalau aku tiada, kawan kau mesti ada di sampingmu. Walaupun begitu, sedih aku bukan kau tahu. Kau mungkin berfikir aku tidak lagi mengendahkanmu.


Walhal, minda selalu berfikir tentangmu. Risau akan keadaanmu kini. Simpati juga atas situasi yang kau hadapi. Andai, aku punya kelebihan diri, tidaklah kau bersedih.. :(


Selamat hari lahir sayang. Letakkan kesabaran semaksima mungkin. Jangan lemah, kerana aku ikut lemah juga. 


Selamat malam. Ure always be my hero. Always..