Thursday, April 28, 2016

rangga


Mata kuyu. Tapi badan masih mampu lagi. Jadi? Gagah untuk menulis lagi. Hm.

Sedih. Kenapa sedih? Ntah.


Tht feeling kekadang ada sebab, tapi kadang hadir begitu saja. Seminit yang lalu kau gembira, lepas tu kau sedih semacam mahu titiskan air mata.

Sunyi. Rasa sunyi. Sedih. Sebab tidak boleh berbuat apa-apa melainkan melihatmu dari jauh saja. Menyedari akan kurangnya kepentingan diri berbanding sahabat-sahabat yang kau ada. 


Aku sekadar patung. Terlukis bibir yang tersenyum, menjadi peneman dikala kau bahagia dan gembira. Bila kau sedih, aku sama sekali tiada fungsinya. 


Kau pernah berkata, sahabat adalah segalanya bagimu. Aku faham. Sebab aku pun sama. Sahabat merupakan insan yang terpenting bagiku selepas keluarga. Semestinya lebih dari insan tercinta, kekasih. 


Aku cuba untuk menggembirakan mu dengan sepuluh ayat, kau balas sepatah. Itu pun typo. Jadi, aku nda mahu ganggu, sebab aku tahu, kalau aku tiada, kawan kau mesti ada di sampingmu. Walaupun begitu, sedih aku bukan kau tahu. Kau mungkin berfikir aku tidak lagi mengendahkanmu.


Walhal, minda selalu berfikir tentangmu. Risau akan keadaanmu kini. Simpati juga atas situasi yang kau hadapi. Andai, aku punya kelebihan diri, tidaklah kau bersedih.. :(


Selamat hari lahir sayang. Letakkan kesabaran semaksima mungkin. Jangan lemah, kerana aku ikut lemah juga. 


Selamat malam. Ure always be my hero. Always.. 

No comments:

Post a Comment