Thursday, May 19, 2022

Hers.





Kemarin. Hati terdetik dan bertanya, apa khabar ya dia? Mungkin dalam persiapan untuk berkahwin agaknya. Dan aku tersengih sendiri secara tibatiba. Luar kawalan. Tindakan refleks mungkin?



hari ini, selepas habis memanjakan diri dari rutin harian yang memerah seluruh tenaga dan kudrat aku dikejutkan dengan satu gambar, samar- samar. Ya. Kawan aku forward satu gambar , hanya satu. 



‘Gambar apa ni?’ Aku biarkan saja. Tanpa ada sikitpun rasa tertanya-tanya. 



Aku relax, merehatkan diri, dan menonton drama yang barubaru aku ikuti, tidak lama, dalam setengah jam. 




belum habis setengah jam berlalu, aku tefikir, gambar apa ya tadi? Seketika aku tinggalkan Netflix yang telah lama menemaniku, ku buka kembali aplikasi wasap di telefon kecilku lalu memerhati dengan teliti gambar tadi.,



seorang yang sangat familiar bagiku, orang yang jauh mengenali ku lebih lebih lagi semua sisi burukku, orang yang dulunya pernah menjadi sahabat baikku, musuhku, semuanya. Orang yang  berbagi suka dan duka bersamaku, orang yang dulu aku kasihi, 



Aku tersenyum. Perasaanku becampur baur. seolah rojak buah yang berbagai rasa, berwarna-warni, susah untuk didefinisikan. Ya, itu foto pernikahannya. Alhamdulillah, dia sudah menjadi suami orang. Tahniah aku ucapkan. Walaupun hanya mampu berdoa dari kejauhan.



5tahun cukup untuk aku mengenalimu. Kau seorang yang bagiku, bertanggungjawab. Seorang yang tidak cepat emosi. Beruntung dia yang memilikimu. 




Aku bahagia? Semestinya. 




Kita tidak seperti mantan kekasih yang bermusuh-musuhan. Kita sering bertukar khabar, bertanya tentang keadaan masing-masing. Sedikitpun tidak membuat situasi menjadi kekok secara tibatiba. Masingmasing dapat menerima takdir bahawa mungkin orang lain yang akan menemani kita berdua sehingga akhir hayat kelak. Walaupun ya, kehidupan kita tidak seperti yang dulu, kehidupan yang sering kita impikan bersama. 



Harapanku, 


Jagalah isterimu dengan sebaiknya. Ianya anugerah dan amanah Tuhan yang mesti dijaga dan disayangi sampai bila bila. Aku yakin hidupmu akan selalu indah dan bahagia. aku? Akan menyusul insyaallah. Bila? Tak tahu lagi. Lama lagi mungkin? Hehe





Oh ya, selamat menulis kembali wahai diriku. Pintaku, jangan malas lagi. 

No comments:

Post a Comment