Sunday, November 26, 2017

Pesta




Assalamualaikum. Hai guys.

Beberapa hari ini ada satu page buat cerita yang viral di facebook. Aku pun ada baca. ‘Jaan punching bag’. Tapi kemarin page tu sudah kena banned. Jadi semua cerita tu hilang.


Ada yang cakap itu kisah benar. Ada yang cakap itu fake buatan semata. Kita manatahu bukan. Tapi cerita itu meraih simpati para pembacanya. Tidak kurang juga yang mengalirkan air mata. Sedih. Ceritanya mengenai seorang budak perempuan, kehilangan ibunya semasa kecil kerana menderita kanser serviks. Ayahnya pula yang semakin berubah dari hari ke hari dan menderanya seperti dia bukan anaknya sendiri.


Sedikit ada mengenai penderaan seksual. Seorang gadis yang begitu sadis jalan hidupnya. Bagi aku? Ya aku hanya baca sahaja. Tidak merugikan. Tidak menguntungkan. Semoga semua pembaca mengambil iktibarlah walaupun sesetengahnya mendakwa itu cerita palsu tapi kalau dipandang sudut positifnya, semua cerita ada pengajaran. Kan?


Memandangkan harini hari ahad yang ceria, aku hanya dirumah saja. Esok sudah kerja lagi. Setelah hampir seminggu lebih aku cuti. Ohh. Aku baru saja apdet apps blogaway. Sebelum ni kalau aku up foto, dia nda keluar di web. Lepas aku apdet, foto yang aku up sudah boleh nampak.

Itulah salah satu sebab aku malas apdet kebelakangan ini. Apps buat hal. Hahahha



Semoga hari kamurang semua indah hari ini. Oh bagi orang tawau, kita ada pesta bundle bukan? Hmm indahnya. Hhahaa



Bye guys!



No comments:

Post a Comment