Monday, October 3, 2016

Besian



Hai guys.

Dengan berbekalkan kesakitan gigian yang masih lagi aku hadapi, dan juga dengan adanya kepala otak yang amat tertekan dan tertekan, aku cuba mengawal emosi dengan mendengar lagu dari telefon kecil aku.


Kalau aku bejalan di bandar, and when i see seorang budak perempuan pegang tangan ibuny, aku rasa sedih, happy, jealous, aku rasa why i cant be like her?


Kenapa aku tidak hidup dengan ibu bapa yang memang akan bagi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anaknya? Kenapa aku hidup sendiri tanpa adik beradik di sekeliling walaupun aku memang ada adik beradik. Hm.


Oh manusia. Jangan sesekali persoalkan kehidupan mengapa begini dan tidak begitu. Kenapa dia boleh begitu dan kenapa aku tidak. Semuanya mengenai qada' dan qadar yang sudah pun menjadi ketentuan sang pencipta yang satu.


I live with ma macik. Selepas 21tahun, aku dibesarkan sampai masyaAllah memang sihat walafiat alhamdulillah normal dan dalam keadaan yang sangat baik. Terima kasih kepada wanita yang sangat aku cintai itu.


For you macik, even u not be able to find and read this blog, fahamilah anakmu ini sudah mencapai tahap kedewasaan dan boleh berdikari dengan segala tunjuk ajar yang telah kau berikan sejak aku kecil lagi. Setiap patah perkataan yang kau lemparkan mungkin mengalahkan emosi aku, tapi tidak untuk sayangku yang semenangnya dari dulu ingin menjagamu sampai ke nafas terakhir..


Setiap kali kau marah, keluar satu persatu perkataan yang bikin hati aku nangis, aku masih boleh senyum. Aku nangis tapi tidak akan bagi kau nampak. Aku diam. Sebab bagiku kau adalah insan yang paling aku hormat dalam dunia ini. Sepatah haram perkataan tidak akan keluar dari mulut ini, walaupun memang kadangkadang aku kalah juga. Tutup pintu bilik, genggam selimut aku then listen to whatever song with sound yg fullblast. Hm. Aku mampu lakukan itu saja.


Thats why aku suka kerja. Kerja dan kerja sampai otak tidak lagi waras. Rehat cuma beberapa jam dan kemudiannya esok kembali bekerja kembali. Hm begitulah rutin.


Berbanding cuti, aku lebih suka menyibukkan diri. Melarikan emosi dari semua perkara yang telah berlaku baru baru ini. And i miss ma bro so much. :')


Tagapkan ur heart girl. Masih banyak chapter kau perlu hadapi. Kau bukan belasan. Kau puluhan.


Bye guys.



No comments:

Post a Comment