Pagi 4hb June yang indah. Cuaca baik baik sahaja. Semalam aku lelap awal sebab terlampau penat. Bagi sesetengah orang, dia akan tunggu detik 12malam. Detik bertambah usia setahun lagi. Aku? Tidur sahaja.
Pagi nya seperti pagi biasa, bangun, mandi, dan pergi cari rezeki semestinya dengan junjun, moto aku. to be honest, yes, aku memang menunggu ucapan, 'oh selamat hari lahir sayang' namun bisu. Tiada satu ucapan langsung menghiasi skrin experia C aku. huhu.
Tak apa, hati aku kata. Aku faham mungkin dia lupa sebab kesibukannya. Bukan hal besar betul bila dia lupa akan hari lahir ko terus ko mo mangamuk macam orang gila pegang parang. Hahahahaha aku pun cool. dan terus cool. Sampailah ke tengahari..
Hati aku masih mengharap lagi. masih mengharap akan ada satu vibrate di telefon aku yang ada di dalam poket. Hari tu hari Sabtu, hari cuti umum pula tu, customer banyak sangaits walawle. Hahaha. Pun masih tiada juga. Hati kecil aku pun try memujuk., its okay tak apa, dia sibuk ba tu.. Tapi susah mo nafi, tetap ada sedih di sipi sipi. Hm.
Masa tu pukul 12:30 tengahari. Aku sedang sibuk melayan satu customer wanita yang sedang mencari katil untuk anak perempuannya. Sibuk di luar, tetapi otak mengkhayal ntah kemana..
Datang kawan aku, datang dekat aku bagitahu,
'Menik, ada orang mo jumpa. Dia mo bagi bunga..'
'Lelaki ka perempuan?'
'Perempuan..'
Sumpah, masa tu di kepala hotak aku ada satu nama saja, mungkin sahabat aku, LFM yang datang bawa bunga. Ahh sampai macam begitu sekali hahahaha.
bila pigi depan, aku nampak satu wanita cina memegang satu bunga comel sedang menunggu. sumarni? Ya saya. Oh sign sini yaa, katanya..
Masa tu fefeling kita macam retis gituw hahahahaha. Eh sapakah gerangan yang bagi bunga? Rasa malu. Sipu sipu malu. Seumur hidup, belum pernah aku dapat bunga. Lepastu, nda tahu pengirimnya lagi. --'
Hati aku kuat berharap, ndut yang bagi. Oh, ada sekeping kad segiempat warna turqoise di atas bunga, dengan gelojoh aku membukanya dan baca,
'to: sumarni happy birthday! Sorry lahv, ini ja org mampu bagi, jangan mengolok ar tulisan doktor ni, moga panjang umur murah rezeki.' Hahaha -atoy.
senyuman panjang sampai ke telinga. Oh,.. sengaja buat lupa, rupanya ada kejutan yang tersedia. Hahaha. Padan muka.
Terima kasih cinta.
Bye guys!

No comments:
Post a Comment