Wednesday, March 16, 2016

lahv letter

Every single things that happen to u in ur life, theres must be a meaning why that is happen. Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah di belakang tiap-tiap cerita itu. Hm.


Hai guys.


Let me say dua tiga hari kebelakangan ini merupakan hari malang bagi aku. Aku kena saman fo three times in three days. Mahu dijadikan cerita.,,


Ahad lalu, aku balek kerja macam biasa, hantar kawan aku sampai batu tiga,then ambik boss aku juga di area yang sama. Lepastu, dia yg bak junjun. Niat memang mo balek terus sebab katanya kawan dia ada naik meminang, cuma disebabkan kereta dia beliau dia pakai, so aku lah yang hantar dia untuk sampai di kampung.



Tapi masatu jam masih awal. So kami singgah sekejap. Dan yes masa on the way balek suda, aku memang nda nampak ba ada tiga pacik meng-guard disitu wkkakaka. Ntah dimana aku letak mata aku. Tuptuptup nda boleh elak then sabar ja la. Hei. Suda nasib kau.



Kena saman. Sebab bos aku ada lesen kereta ja. Moto ndada. Hm. Why la kau ambik lesen moto sekali boss oii, bila jadi begini kan susah.. --''


Lastlast esok minta tolong dengan kawan, kawan cakap boleh kena kompaun from 150 turns to 40. Alhamdulillah beban berkurang. Thanks to kawan dia.



And isnin merupakan hari cuti yang indah bagi aku. Aku duduk di rumah saja. Tidak berbuat apa-apa.


Selasa. Waktu bekerja kembali seperti selalunya. Memandangkan this week kami ada sales, so memang agak sibuk la sikit. Bila saja pukul enam, aku pon balek la macam biasa.


Masa tu, siyes, hati aku sibuk betul cakap, 'weh masih terang, sekejap lagi la ko balek.'


Tapi oleh sebab haritu hari Selasa, hari rutin macik aku main badminton so aku kena balek awal guys. Aku pun start junjun aku jalan...


Limpas ja roundabout sampai depan bsn memang swear aku dak nampak pacik tu. Tiya, kawan aku pon nda nampak. Lahai..


Dia suruh aku park tepi. Dia tanya ada lesen ka takda, aku cakap takda. Then masa tu punya aku keras kepala cakap ini itu sama pengawas jalan ni. Mak aih, kau ni menit oi, sudah tau salah becakap banyak lagi. Peh memang kepala batula aku pun heran dengan masef. Hm.


Aku nda tau pulak pacik ni menunggu 'something'. Maksudny, menunggu kami merayu, so tht benda tu boleh settle time tu jugak. Dan yes, oh memang aku skema, memang aku nda faham hahahahahaha. Then byebye, ikut dia sampai balai. Ok fine. Aku ikut. Sumpah cool masa tu. Padahal on ma way tu, aku fikir duniaku nanti sampai rumah memang akan totally gelap, hm tebayang muka macik aku marah singa. Hahahahaha



Dia cakap aku berani bak moto takda lesen. Dia cakap aku langgar lampu merah, aik masatu aku pelik suda, and yes aku nda buta warna. Lagi satu, aku berhenti di petak kuning. Yang ni memang aku berenti. And yes, aku nda tahu. Banyak lagi la dia membebel. Dia cakap mo tahan moto la apa la. Aku kerja dimana la. Umur berapa. Okai jawab semua, sebab kita tengah ditemuduga cik adek oi haha.


Then dia suruh pemilik moto datang, means macik aku, argh aku terpaksa call dia jugak. Hm. Akceli aku ndamau bagi dia tekejut, tapi hailahai, kena bagitahu jugak, takda jalan lain..and yes, memang dia tekejut beruk la. Cakap aku dimana, apa jadi, kenapa boleh jadi macam tu bla bla bla. And dia sampai balai, dia kena ceramah lagi oleh pacik tu,then settled.


Aku yg nda settle nanti. Bahahahahhahahaa. Dia mengamuk gila lepas sampai rumah. Hm. Sedih. Dia pentingkan moto apa semua. Sokay. Sokay. Dia kata aku melawan, bila masa aku cakap bebaik yang aku sumpah nda nampak pacik tu di tepi walaupun nada aku cakap tu bukanlah aku tengking, ya allah.. semakin kalut.



Perangai dia aku ja yang tahu. Dari kecik memang sudah biasa hadap perangai singa dia yang macam tu. Sedihnya aku tuhan saja yang tahu hm. Aku ingat, last time aku nangis macam semalam sampai tahap urat kepala aku naik, mata aku rasa macam mo pecah, kali terakhir aku nangis macam tu masa aku kena tinggal oleh fjehcjenckro!/'+"+$+38#ab tahun lalu. Hahaha putus cinta. Kena tinggal boifen wakakakakakaka.



Kawan-kawan aku semua risau. Emong ada datang balai jumpa aku tanya kenapa boleh kena lagi. Kawan yang lain sibuk cakap, oh tell me whenever u need money. We can collect for u. Masa tu aku memang sebak gila. Kalah putus cinta. Hahahaha.



Endut yang balekbalek bagi aku tenang walaupun aku membebel tahap gila gam kasut. Hm. Lepastu, adek aku hulur telefon dia sebab simkad selkom aku ada someone call, ohh, aku pelik. Bila becakap, dia tanya flat number aku, aku kenal suara ni.. oh pacik,sahabat aku nun jauh disana pun tahu aku kena saman. Hahaha kenapa la dia tau ni alamak oi bikin malu. Ni mesti kawan aku tiya yg bgtahu. Aku sudah huruharakan semua orang.


Too many problem happens in one time. Buat kepala hotak aku serabut, sampai di tengah aku menangis tu, aku sempat ketawa lagi. Hahahaha.


Kepada semua sahabat, terima kasih. Thankyou. Pacik, terima kasih juga. Hm.


Waktu sekarang sudah empat subuh. Jangan tanya kenapa aku tak tidor lagi.


Bai guys. Harap serabut ni cepat hilang. Wif doa indeed.


Assalamualaikum.


P/s : ma hat broken sebab esok aku pisah dengan junjun. :'(

Thursday, March 3, 2016

sinonim



Ada sepasang kekasih. Empat tahun cinta bersemi. Si lelaki jauh di mata, namun dekat di hati. Membuat si wanita berfikir dialah cinta yang dicari. Cinta sejati. Kekal hingga mati.


Hai guys. I wana share ma frend story. Let start. Sori gambar memang langsung tiada kena mengena. Wakakakaka. Okai change da mood. Back to normal on three. Ehem..

..

Sebenarnya Za sekampung dengan Han. Awal detik perkenalan, Za selesa berkawan dengan Han. Ketawa bersama,menangis bersama, semuany samasama. Pendekkan cerita rezeki si lelaki, dia diterima masuk menjadi seorang tentera udara. Sekarang semuanya sudah dimilikinya, namun tidaklah berada. Tapi semakin 'ada'.


Oleh kerana tugas, memintanya untuk berjauhan beribu batu dengan wanita yang amat dicintainya,wanita yang akan bergelar seorang isteri baginya, mencabar egonya seperti seorang lelaki layaknya. Ya, kerana masa depan katanya. Kerana tugas juga. Tunggu aku, za.. 




Tinggallah si wanita di kampung halaman. Berbekalkan janji yang dipegang erat, azamnya semakin kuat. Dia tidak kisah berjauhan. Yakin tidak pernah hilang dari hatinya. Dia pun sama. Menjaga hati dengan sebaik-baiknya. 


Setelah beberapa lama, Han jarang berhubung dengan Za. Harini dihantar sepuluh mesej. Esok lusa baru mendapat balasan. Sebiji balasan bernisbahkan sepuluh mesej itu. Tetapi tetap membuat Za bahagia. 


Mungkin sebab kurangnya komunikasi, membuatkan keduanya tidak berhubung berminggu lamanya. Ragu mulai bersarang besar di hati masing-masing. Merasa cinta tiada lagi. Redha dengan ilahi. 


Selang beberapa tahun, muncul seorang lelaki. Rupa sekadar mencukupi. Kata orang biasa-biasa saja. Tapi kesungguhannya luar biasa. Dia datang ketika hati Za sudah tawar rasanya. Ketika Za tidak lagi mahu untuk menerima mana-mana lelaki kerana hati masih terkunci dengan cinta lama. Masih menunggu bisiknya. 


Kesungguhannya membuat Za membuka mata. Sedar akan semua penantiannya menjadi sia-sia. Biarlah dia rawat kerana sudah tiba masanya. Semuanya sudah diatur. Bulan depan mahu kursus kahwin, keduakedua ibu bapa sudah ditemui. Mencapai kata sepakat, disatukan bulan lima nanti. Gembira rasa hati. Bahagia semakin dikecapi. 


Dilema terjadi apabila Han muncul kembali. Disaat hatinya terkunci rapi. Tapi Za tidak dapat nafi, sayangnya terhadap Han masih besar sehingga kini. Han merayu, memujuk sepenuh hati, supaya Za menunggunya kembali. Pegang dada sambil menghela nafas, kenapa baru kini? Kenapa bukan dari dulu lagi? 



.. 
Sebenarnya Za tu kawan aku. Tapi its not her real name. Cerita aku tokok tambah. Tetapi mesejnya sama, 

Perlukah berpatah balik hanya untuk memenangkan hati? Perlukah melepaskan orang yang bersungguh mencintai? 

Fikir baikbaik kak. Sebenarnya, paling bagus kalau orang sayang kepada kita, bukan kita sayang orang. 


Mata rabak. Aku nda tau semangat mana yang rasuk subuhsubuh buta ni haa.. kbai. Masa untuk rebah kembali.


*ampas badan.