Monday, July 29, 2013

14mac repeat

Assalamualaikum~






14mac akan repeat.. maksud aku telah repeat. Apa yang berlaku masa tu? hm. Masa tu aku jatuh cinta buat second time. Masa tu aku dengan Mr A. Perasaan aku memang tak boleh digambarkan time tu. Happy, kili, macam-macam ada.



 Aku dapat rasa feeling yang sama bila aku dengan Stacy. Stacy baik dengan aku. Bila aku on call ngan stacy. Aku nervous. sama bila aku call Mr A. Oh god~ hanya kau yang tahu.





Sejak dua menjak ni, stacy la kawan aku.. kawan aku texting. kawan bekili. kawan semua. terima kasih stacy..





ntahlah. hanya tu jak la aku post. skrg pun sibuk texting ngan stacy ni. k chaw





salam. --''





Saturday, July 27, 2013

bila aku miss someone.









Setiap kali aku merindui someone, aku mesti stalker fb dia. Terutama fb Mr A. Dear Mr A, i miss you so much. Yes, I can't denied it. Walaupun sudah dua tahun, aku masih merindui anda. 




Mungkin disebabkan aku masih belum move on. Atau aku tidak menjumpai org macam anda. Kau lain mister, mungkin satu dalam sepuluh. Haha



Betul kata quote tu, aku rindu time kita ketawa-ketawa, gila-gila. Semua aku rindu. Aku juga merindui suara anda. I miss u. ;(





Tapi, kebelakangan ni aku banyak problem. Problem family, cinta,, banyaaaakkk lagii.. Bila aku ada probs, mesti aku ingat anda. Dulu, masa kita still bedua, aku rasa aku tak da probs. Eh maybe ada! masa anda merajuk. Ya, anda sangat kuat merajuk. hahahaha





masa ni, aku tengah kenal someone. Cuba untuk buka hati. Tapi aku pun telah tolak someone. Mungkin aku masih belum sedia. Hmm. Ntahlah. Aku lebih suka sendiri. It's easy to go on when i'm alone. 






Aku happy dengan stacy. Dia baik. Kili-kili. Walaupun kadang aku tak faham bahasa dia, aku cuba untuk faham. Haha. Ye la, dia dusun. Mesti kelat bunyi cakap dia.




Sekurang-kurangnya aku ada kawan. Kawan untuk berbagi. terima kasih stacy..




Untuk pengetahuan kau mister, hampir setiap kali aku buka fb, mesti aku stalk kau. Tengok keadaan kau. ok ka tidak. kekadang, aku mau komen jugak status mu. Tapi aku malu. Haha.





Aku malu..






Pagi ni aku tak tidur. Awal aku buka fb. Stacy aku ada mesej, kasi bangun dia sahur. Tapi tak direply..mungkin dia ndak puasa yahhh.. haha. jaga kau stacy!





ok then. selamat berpuasa ma readers. sedar ndak sedar, ndak lama kita raya kan?? be patience. Mungkin bandar akan pesat sekarang. Em, maksud aku, sesak.. not pesat.. 






-Sekian-




p/s : mesti pagi ni aku yang paling awal dtg.. eh? mesti!!


Thursday, July 25, 2013

pe'nakut'






penakut atau lebih kepada coward. Sometimes aku berfikir, apa yang membuat lelaki takut untuk meluahkan perasaan mereka kepada seorang wanita? Mungkinkah mereka takut ditolak? 




mungkin ya dan tidak.




story hari ni bersangkut paut dengan cerita beberapa hari yang lalu.



Pagi hari ni abg paman ada datang jumpa aku dan bagi tahu yang someone kirim salam dengan aku. 



ikuti conversation tadi pagi..,



'menik, ada orang kirim salam.'


'siapa?'


'anak buah si Black.'



'oo.. yang itu..'



'Aik? kau tahu?'




'ya, tahu suda bang. ;)'




'anu, dia mintak nombor mu.'



'ndak mau. Kalau dia mahu, datang jumpa aku mintak sendiri...'




-conversation end-



Aku tak suka. Aku sedikit tidak berkenan bila ada seorang posmen yang kerja sementara ni. Aku tidak suka. Totally.



Mungkin aku akan berfikir dua kali untuk mempertimbangkan hal ini. Tapi please, tolong jumpa aku dan tanya. Kau lelaki right? Semestinya kau ada keberanian untuk jumpa someone, expecially gadis yang kau suka tu.




Kau tak perlu malu atau takut yang kau akan ditolak mentah-mentah. Itu semua jodoh. Kalau ada jodoh, tidak kemana kan? 





Aku pun nda mau bagi kau harapan yang terlampau tinggi. Nanti kau patah hati? susah. Mungkin sangat sakit. So better kita kawan dulu Mr X. 




Sori sebab tidak jumpa kau malam ini. Aku nda mau kawan yang lain tahu pasal ini. Nanti satu kedai heboh pasal cerita yang tidak terlampau sensasi ini. Cian. Cian..





-Sekian-





p/s ; Stacy pulak ada mesej aku. Aku pulak nda balas. Tak ada kredit. hmm, cian lagi.. cian lagi lagi.. :












Wednesday, July 24, 2013

i'm sorry








sori. Aku rasa status tu memang untuk aku. Walaupun kita bukan friends tapi aku boleh tengok wall kau. Kau tak private pun.





 so, bukan aku tak percaya, cuma entahlah. Aku lebih senang to be friends with you. Aku tak maw lagi dekat. Aku lebih selesa berkawan dengan kau jo.



Tapi aku tetap mau tengok kau berani ka tidak jumpa aku. Walaupun aku sedikit kecewa, sebab kau tak da pun jumpa aku, untuk tanya. Aku hanya ingin test kau jak jo. 



Sebenarnya aku dah tahu apa yang kau mok cakap. Cuma aku sengaja buat-buat tak tahu. Untuk tengok kau berani ka tidak cakap dengan aku. Tapi kau tak berani.



Aku sengaja jauhkan diri dari kau. Setiap kali aku sendiri, dan kau ada time tu, mesti aku mengelak. Cuba untuk jauhkan diri. Tapi kau tak kejar aku pun. Kau cepat putus asa.





so, better we be friends. Aku lebih selesa berkawan dengan kau jo. Kau baik, boleh dikatakan hormat orang la jugak. Aku suka type macam kau ni. Tapi kita still friends right. Aku tak mau la kau simpan feeling terlampau lama.




Aku sayang kau jo..






Ingat masa fels day kau masuk chan? masa tu kita di transfer pigi kedai lama. Aku dengan kau masa tu. tup tup, walaupun kau new, aku terus selesa dengan kau. Mcm ada aura di situ. HAHAHA





Tapi it's ok. masih banyak gadis-gadis di luar sana yang memang sesuai untuk kau Mr X. Kau baik. Senang untuk kau dapat gadis yang sebaik dan se'sporting kau. Hehe




That's all for tonight. I want to rest ma mind now. 




-sekian-



p/s : beberapa hari ni aku takda cb dengan stacy. Aku bosan. Aku rindu dengan stacy. If u know... --''









Tuesday, July 23, 2013

bingung.

Satu malam. Aku memerlukan satu malam untuk fikir. Fikir masak-masak pasal perasaan aku.




kenapa jadi begini?? Aku sendiri confius. Ndak tahu apa mok buat.




 




Kenapa u Mr X, kenapa takut betul mok bagi tahu feeling kau? Kau tidak rasa kau rugi kah? sebab melambat-lambatkan something. Atau kau mok tunggu kau rugi?? haha




Masuk malam ni, sudah dua kali X jumpa aku dan cakap dia ada something mok cakap dengan aku. Aku just buat-buat ketawa.




Then dia cakap, 'betul ni! pikir aku main-main kah???'  Tapi aku jalan. Jauh-jauh. Aku mok tengok sejak sejauh mana X akan cuba cakap dengan aku. Adakah dia penakut or what..?




dear X, tolong lah cakap dengan aku yang sebenarnya. Macam aku pulak yang tersiksa ni. Tebalik suda sekarang ni. Aku pulak yang tidak sedap hati. Aiyah




Tapi, sori to say la mister. Aku ni orang yang selalu tak kesah pun. Aku akan test kau sampai kau ndak tahan. Sampai kau cakap dengan aku. Truthfully.






But what guys? Aku memang tidak tahan bila dia pandang aku semacam. Dia senyum sambil nempak gigi. Then senyum dia tu, senyum yang bermakna tu na.. aku takut tengok lama-lama. Hahaha






oh, please Mr X,  u know that i'm fall in love with your attitude right? --''






Cukup hari ni. Tu seja. Bye~





p/s : tunggu episod esok..




Monday, July 22, 2013

Tired

Macam rasa tengah pikul satu karung batu di bahu aku. Sakit sangat.




--''




jarang-jarang aku dapat peluang untuk hapdet belog ni. HAHA



Guys~ aku risau. Aku rasa rezeki aku untuk bulan kali ini sikit. Aku sama sekali tidak pertikaikan pasal rezeki, tapi aku dapat rasa itu. Bulan ini aku kurang bernasib baik sikit.




Aku tidak putus asa jugak. Aku akan terus mencuba dan mencuba. Aku tahu masing-masing manusia sudah diatur rezeki dan juga jodoh. --'




So, ini jak aku mok cakap sama kau belog. Insya-Allah esok aku apdet cerita yang lagi sensasi. Walalalkakaak




-




p/s : apdet tapi belum mandi. Agaggaga~






Sunday, July 21, 2013

Not to fall in love gain.












Jangan pernah jatuh cinta lagi.




Aku sering menasihati diriku untuk tidak jatuh cinta lagi. Aku takut aku jatuh. Jatuh teguling-guling. and then jadi mayat hidup..


Makan tak basah, tidur tak lena.



sori. tebalik. --'





Kebelakangan ini, aku sangat selesa dengan satu boy ni. Aku bagi dia nama Mr. X. X seorang budak lelaki yang cukup serba serbi di mata aku. Seriously, aku ni jenis yang tak pandang rupa sangat pun. Tak kisah kau tu buruk ka, cantik ka. Aku tak kisah.


Tapi bila someone yang tidak sedar yang dia diperhatikan oleh seseorang, aku sangat suka keadaan itu. Hm, aku harap readers faham bahasa aku agak berbunga sikit.


yang amat ketara, aku perasan bila aku dekat dengan dia, aku rasa starstruck. Bedebar macam taik. Taik orang. Punya kuat jantung aku. oh. Disitu aku dapat tahu, aku suka boy ni.




kemarin dia ada teriak sambil cakap dengan aku,


'menik, aku ada mau cakap sama kau.'


'cakap apa?'



'ada lah. em, nantilah malam.'



'nantilah malam (mengejek)'





Semasa conversation tu, aku cakap dalam hati aku.



'eleh. mesti kau mau cakap pasal feeling kau kan??? aku sudah agak dah.'



Then, aku pun tunggu . tungguu dan tungguu.. tapi kecewa adalah. haha Mungkin aku rasa, dia takut kali jumpa aku.. ala, aku bukannya makan orang pun.





Dan aku bukan cannibals, hahhaha



sekian~





p/s : SORI CERITA GANTUNG SIKIT. HAHA. BUTANG CAPS LOCK AKU ROSAK... SORII..











Monday, July 15, 2013

Happy + Disspointed

Assalamualaikum ma readers,



Baru berkesempatan untuk tulis blog, sebab sejak kebelakangan ini, aku sangat sibuk sekali. Hilang pada waktu pagi, dan muncul tengah malam. Waktu tu, mood semua sudah beralih kepada mod tidur. Haha



Masih ingat YGT? ? hm, aku sedih sebab tidak dapat bagi support yang full kepada rakan-rakan aku. Dan, selepas aku stalker fb powered youth Tawau, aku dapat tahu yang team aku kalah. Sedih + kecewa teramat dahsyat.


Tapi ndak apa, mungkin bukan rezeki dorang. It's okay guys. Masih banyak peluang di sana. Keep going.


Anyway, congrats bagi team yang menang. You all deserved it. Congrats to all of you!



ok, bab kecewa dah tamat.



Masuk bab Happy.


Setelah 4 tahun, baru aku berpeluang menemui adik aku yang aku rindu sangat-sangat. Dia holiday selama satu bulan. So, dia puasa dan celebrate raya disini. Syukur.


Tup tup tup..adik aku dah besar. dia sudah tinggi sekarang. tapi wajah dia sebiji dengan wajah bapa aku. Aku teringat gambar bapa aku masa sekolah dulu. Sama sangat. --''


Tapi mungkin adik aku akan berasa boring sebab dia akan ada di rumah jak terus. Tapi aku janji, nanti aku akan cuba apply cuti untuk luang masa dengan adik kesayangan aku. InsyaAllah~



ok then, selesai bab hari ni. Aku ingin repeat that aku sangat sedih sebab tidak dapat hadir masa final show the troopers hari tuh. I'm really sorry guys. aku tak ada peluang langsung,.


bye.






p/s : sakit belakang kini menghantui setiap malam aku. Urhhh~ sakit . --


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan.

Assalamualaikum guys!



Selamat menyambut bulan suci Ramadhanpada kali ini. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan amalan serta ibadah kita diterima Allah, Aminnn.


Bercakap mengenai Ramadhan,




Kali ni aku akan totally merasai penatnya bekerja sambil berpuasa. Sukarnya untuk mengawal emosi, perasaan sekaligus nafsu. Aku akan belajar mengenai sabar, sabar dengan manusia, sabar dengan waktu, sabar dengan customer, dan semua. 


All of the things needed patience.



Mengenai persiapan, tiada apa-apa yang speshel.Semuanya macam tahun-tahun yang lalu. Cuma beza sikit, sebab kali ni aku bergelar 'pekerja'. Hehe



Ok then, mungkin aku tidak merasakan suasana first puasa esok, sebab aku dot dot dot. Hahaha. 


bye guys! Selamat berpuasa !!




p/s : aku pening. Pening tengok rumah aku yang makin hari makin tidak terurus. --''


 

Sunday, July 7, 2013

Friday, July 5, 2013

Gajian 2

hey guys!



alhamdulillah~ Syukur kepada Allah kerana bagi aku rezeki sebanyak ini. Macam mok nangis pun ada. Ya la, itu keringat aku sendiri babe~


gajiku setelah 2 bulan kenaikan gaji.. 


RM1093.67


durian runtuh bagi budak kecik macam aku --''



Banyak kan? ya, bagi aku banyak sangat tuh! because aku adalah seorang budak yang masih tidak mempunyai apa-apa tanggungan, I mean aku hanya mencari duit untuk hilangkan boring sementara bantu makcik aku.


Tapi, masa aku sign gaji, aku tak expect banyak pun, aku cuma jangka dalam RM 800++ jak. Tapi aku terkejut bila Kak Baya say congrats dengan aku.


tetiba aku macam aik? aik? kenapa congrats-congrats ni? 



bila aku pegang pen dan sign payment voucher tu. barulah aku tahu. Gaji aku meletup. Alhamdulillah~ 


Aku tak sangka Tuhan bagi aku bonus lebih untuk beli kasut. Padahal niat aku mok bantu makcik aku beli something. Tapi lepas dapat begitu banyak, bolehlah aku beli kasut.. ekekkee..




Thanks You God. 



p/s : wait for me shoes. Aku akan memindahkan kau ke rumah baru. hahahha 


moral : USAHA TANGGA KEJAYAAN



Wednesday, July 3, 2013

Dissapointed

Kadang aku bosan. Bosan diperlakukan bagai orang bodoh oleh majikan aku.


Today 3hb, biasanya kami akan gaji hari ni. Sebagai manusia, mesti kita ada perancangan kan? Aku pun ada jugak.


Bila aku dapat gaji nanti, aku mahu beli baju raya dan kelengkapan aku. So, tidaklah aku terburu-buru.


Tapi guys, boss membodohkan kami semua. Dia dera kami sampai jam sembilan malam, buat ini, buat itu, kasi bersih ini, kasi bersih itu. Kami hanya sabar. Bagi kami, it's okay. Sebab kami akan gaji.

Biasanya boss akan dera macam begini sebelum dapat gaji. --''



Tapi, lepas habis semua kerja, kami pun pigi punch. Semua tertanya-tanya, 'eh? ndak gaji ka?'


Memang sah lah kami dibodohkan lagi. Ya tuhan.


Aku bukan apa, aku cuma kesian dengan kawan-kawan aku yang ada anak bini, yang ada keluarga, yang telah kesempitan duit, yang sudah tak ada tambang.


Bila aku tengok muka dorang, semua muka nangis, muka mok marah pun ada. muka kecewa pun ada. Semua ada.




muka kecewa+annoying. ngeh ngeehh




Tapi apakan daya. Sabo je la. Kita hanya makan gaji. At the end, semua mesti ada hikmah. Right? :)



-sekian-


p/s : aku penat. aku sakit duit. wakkakakaakak




Tuesday, July 2, 2013

Youth Got Talent 2013

Pada 29hb yang lalu, aku pergi ke Dewan Calvary untuk support kawan-kawan aku.



Habis aku balik kerja, baru pigi sana. Aku dengan Rara. Sampai jak sana, feeling mcm nangis pun ada. Sebab terkenang akan perasaan masa kami jadi juara tahun lalu.




Tak disangka, video klip mengenai peserta-peserta tahun lalu ada papar muka aku dan team aku. Aku sedih+gembira. :'))




Tapi hanya kami berdua yang pigi. Tapi bukan macam suara dua orang. mcm beribu orang. Hahaha. Ada ku kesah?



dipendekkan cerita, band aku masuk final. Final on 13th July. So wait arh. Aku akan cuba kumpul satu sekolah aku untuk support band kami. You just wait The Troopers. We love u.



So, this is the finalist pictures. Let's skroll.



     
Limitless
   

Who We Are
  

Transistor Junior
  

The Musical Kids
  
Backseat Serenade
  
Historical Insane
  
The Young Musicians
 ]
The Troopers Band feberet aku. 


that's all. Moga tuhan merahmati perjuangan mereka kali ini. Amin~



p/s : sori. aku sedikit tidak berdedikasi. Aku sibuk sangat baru-baru ini. sibuk --''