Sunday, June 23, 2013

video 4jun --''

video

video

hey huys~ aku aplod video kena tepung. hahahhahaha watch!! XD


Saturday, June 22, 2013

Selamat Hari jadi Kakak.

'Assalamualaaikum...
kepada Sumarnik, maaflah jika surat akak ni mengganggumu, tujuan akak menulis surat ini kerana ingin menanyakan kenapa kamu menjauhi Jasmiah? Apa salah Jasmiah?

Akak minta maaflah jika akak jahat dengan kamu selama ini sampaikan si Jasmiah pun sampai kamu tidak tegur, dia salah apa?

Akak sedar, akak dan Rara ada renggang sekarang. Tapi jangan masalah kami berdua sampaikan Jasmiah jadi mangsa. Apalah erti persahabatan kamu selama ini kerana satu perkara kamu tidak bertegur.

Pasal akak dan si Rara, biarlah akak yang tahu. Akak sedar, akak jahat dan tak patut berkawan dengan kamu, kerana kamu budak baik. Sejujurnya akak sedih kerana kerenggangan akak dengan si Rara, sedangkan akak sayngkan si Rara macam adik akak sendiri. Tapi akak sedar akak tidak patut disayangi mahupun berkawan.

Apapun akak rela akak sendiri...

Hari ni hari jadi akak, akak hanya menangis untuk meneman kesedihan hati dan hadiah untuk ulangtahun akak tahun ni. Apapun Sumarnik, akak berterima kasih terhadap kamu berdua kerana sudi menjadi sahabat dan adik terbaik untuk akak.

Apapun sampai disini sahaja persahabatan kita. Mulai hari ini, jangan pernah mendekati akak lagi, akak terlalu jahat, dan tolong kasihanilah si Jas ya. Apapun akak minta maaf jika selama ini kita berkawan akak ada terkasar bahasa mahupun sikap, maafkan akak.


Untuk sekian kali terima kasih atas segalanya untuk kamu berdua, semoga ALLAH sahaja yang membalas kebaikan kamu terhadap akak, Assalamualaikum.'

Yang Benar,
Fatimah J.
22/6/13



Surat yang diatas ni aku dapat dalam jam Sepuluh pagi. Hmm. Macam tu lah agaknya. Kak Timah ada jumpa aku, sambil memberi sepucuk surat. Yap, surat yang readers baca tadi.


Lepas jak selesai membaca, aku terdiam dan berfikir sambil bingung. Apa masalah Jasmiah dengan aku? Sedangkan kawan aku tu sudah dua hari tidak masuk kerja.


Seingat aku, sebelum dia cuti sakit, kami ok ok jak. Tiada apa-apa masalah. So, kenapa kak Timah tuduh aku jadikan Jasmiah mangsa gara-gara pergaduhan dia dengan Rara? 


Aku bukan jenis kawan macam itu.


Tapi aku tahu, ianya hanya sepucuk surat. Lepas tu, kak Timah ada jumpa aku balik, dia seolah-olah tidak menggambarkan apa yang sepatutunya dia lakukan seperti yang ada dalam surat tu.

Dia masih tegur aku macam biasa. hmm. Aku pelik.


Guys, ni hari hari jadi kak Timah. Aku sempat jugak belikan dia hadiah. It's tudung. Pashmina. Sebab dia gemar memakain selendang. So, why not aku bagi benda yang akan dia pakai selalu?


Dipendekkan cerita, kami bejaya buat surprise befday untuk dia hari ni. So, masalah pun selesai. Aku happy. Serabut dalam otak aku mula terlerai sedikit demi sedikit. 

 Thanks you GOD~


Kak Timah, happy birthday. Sempena ulang tahun yang ke dua puluh dua, aku berharap kak Timah sentiasa berada dalam rahmat ALLAH. Dihindari dari segala keburukan, serta mendapat jodoh yang baik. Insya-ALLAH.


Aku sayang kak Timah macam kakak aku sendiri. 
heppy birthday. ILOVEUSOMUCH.


here some pictures of befday girl. Sori gambar tidak memuaskan, guna henpon low jak ni. hihihihii





Sekian~


p/s : hari ni totally aku penat betul. Tapi penat bercampur aduk dengan happy. Equal, nyenyak tidur., muakakakkaka ;p bai!